Mati Jatuh Atas Lif - Media Shah Alam

Header Ads

Mati Jatuh Atas Lif

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

SEGAMAT: Seorang pekerja am di sebuah kedai perkakasan di sini maut dipercayai tergelincir sebelum terjatuh di atas sebuah lif mengangkut barang di kedai yang terletak di Kampung Abdullah, di sini Jumaat.

Ketua Polis Daerah Segamat Supt Raub Selamat berkata mangsa, Husin Selamat, 44, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala ekoran terhantuk pada kabinet besi dalam kejadian yang berlaku pada pukul 10.34 pagi.

"Mangsa yang baharu dua bulan bekerja di situ, dipercayai naik ke tingkat satu kedai berkenaan untuk mengambil barang dan mengisi ke dalam lif barang sebelum dibawa ke bahagian bawah.

"Setelah mengisi kesemua barang dan menurunkan lif tersebut, mangsa dipercayai tergelincir dan jatuh di atas lif itu sebelum melantun pula ke atas kabinet besi yang berada di sebelah pintu lif," katanya dalam satu kenyataan di sini Jumaat.

Beliau berkata seorang kerani di kedai itu terdengar bunyi seakan benda jatuh sebelum menemukan mangsa yang tertiarap di atas kabinet terbabit.

Raub berkata kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan pihaknya mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kejadian terbabit.

Katanya, mayat telah di hantar ke Hospital Segamat, di sini untuk bedah siasat.

Menurut beliau, kedai berkenaan mula beroperasi sejak 2011, manakala mangsa yang berasal dari Felda Redong 1 mula bekerja di situ pada Februari lepas. - BERNAMA



Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.