Muktamar PAS Bermula Secara Rasmi PKR Azmin Kecut Telur - Media Shah Alam

Header Ads

Muktamar PAS Bermula Secara Rasmi PKR Azmin Kecut Telur

ALOR SETAR: Muktamar Tahunan PAS kali ke-63 bermula secara rasmi pada pagi Sabtu, persidangan yang amat penting bagi parti Islam itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Muktamar bertemakan Sejahtera Bersama Islam berlangsung di Kompleks PAS Pusat di Kota Sarang Semut di sini, dimulakan dengan ucapan aluan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Dalam ucapannya, Takiyuddin berkata, persidangan kali ini penting bagi membincangkan perancangan menghadapi PRU14 yang dianggap amat getir dalam sejarah negara.

Sehubungan itu, beliau berharap para perwakilan PAS dapat memberi idea yang tuntas bagi menghadapi pihak lawan.

"Ada pihak menganggap kita sebagai pakatan yang kerdil tetapi perkara itu tidak akan menggentarkan kita," kata beliau.

Antara isu penting yang menjadi tumpuan pemerhati politik adalah tahaluf siyasi antara PAS dan PKR susulan kemelut yang tercetus antara kedua-dua parti itu sejak kebelakangan ini.

Tiga komponen penting PAS iaitu Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat menyatakan sokongan penuh terhadap usul memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

Tetapi keputusan berhubung usul itu hanya boleh ditentukan oleh Majlis Syura.
Berita selanjutanya menyusul.



Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.