Najib ‘sekat’ hasrat Zahid jadi PM – Zam - Media Shah Alam Najib ‘sekat’ hasrat Zahid jadi PM – Zam - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Khamis, 13 April 2017

Najib ‘sekat’ hasrat Zahid jadi PM – Zam

KUALA LUMPUR, 13 Apr: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berpendapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib telah “memperkukuhkan” kewibawaan politiknya dengan keberanian mengambil “risiko” melantik sepupunya Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn menjadi Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri.

Perlantikan ini, kata Zainuddin, sekali gus mengesahkan masa depan negara di dalam tangan Hishammuddin sebagai Perdana Menteri.

“Beliaulah bakal Perdana Menteri Malaysia dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hanya sekadarkan sesuai untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri buat selamanya. Itupun jika beliau tidak menderhaka.

“Harus diingatkan bahawa Najib mengambil tindakan ini dalam keadaan krisis keyakinan rakyat terhadapnya sedang memuncak dan dalam keadaan ramai melihat Zahid sebagai pengganti.

“Zahid adalah seorang yang paling popular dalam parti, jauh lebih popular dari Hisahmuddin yang kemenangannya sebabai Naib Presiden UMNO terus diragui kerana adanya sokongan Istana dan juga sunglap politik,” kata Zainuddin atau lebih popular dengan panggilan Zam di blognya hari ini.

Katanya lagi pelantikan Hishammuddin itu membuktikan Najib sanggup melakukan segala-galanya untuk mempastikan Hishamuddin sebagai Perdana Menteri setelah berjaya meruntuhkan halangan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan sanggup mengambil “risiko tinggi” menyekat hasrat bergelora Zahid untuk menjadi Perdana Menteri.

“Zahid mesti menerima hakikat bahawa pada pandangan Najib beliau hanya layak sekadar menjadi Timbalan Perdana Menteri sepeerti Tun Mahathir menilai (Allahyarham Tun) Gafar Baba tetapi Najib lebih telus dalam hasratnya tanpa membaling batu sembunyi tangan.

“Beliau tidak secara langsung telah memberitahu negara Hishamuddinlah Perdana Menteri walaupun demoralising Zahid

“Hishammuddin yang telah terjamin masa depannya tidak boleh menasihatkan orang ramai dari membuat berbagai andaian walaupun Zahid telah terpaksa menelannya dengan pahit apabila membuat kenyataan menerinma baik perlantikan Hishamuddin itu.

“Ia adalah ibarat isteri pertama yang memberikan senyuman pahit dalam mengizinkan suami beristeri dua kerana takdir dan jodoh.

“Zahid mestilah menerima hakikat ini walaupun pahit jika beliau hendak terus memelihara statusnya.

“Orang Jawa terkenal kerana kesetiaannya dan kepimpinannya tetapi orang Jawa di Malaysia khsususnya dalam UMNO hanya sekadarkan menjadi alat politik dan tidak setaraf dengan Jawa Indonesia yang boleh menjadi pemimpin pertama dan memerentah seluruh negara dari Sabang ke Meroke.

“Najib telah membuktikan kebenaran kepercayaannya bahawa kuasa adalah bergantung kepada keupayaan menabur dedak mengikut taraf dan untuk itu Wang adalah Raja.

“Malangnya Zahid ada wang tetapi tak boleh jadi Raja,” kata Zam.-TMT


Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Najib ‘sekat’ hasrat Zahid jadi PM – Zam Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam