Neelofa Tokoh Muda Asia - Media Shah Alam Neelofa Tokoh Muda Asia - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Khamis, 13 April 2017

Neelofa Tokoh Muda Asia

SINGAPURA, 13 April — Pelakon Malaysia, Neelofa, merupakan antara 300 individu yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017.

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 28, pengasas dan pengarah NH Prima International Sdn Bhd, tersenarai di bawah kategori runcit dan e-dagang.

Beliau menjalankan beberapa perniagaan termasuk jenama pakaian wanita muslimah “Neelofar Hijab”.

Senarai Forbes 30 Under 30 Asia 2017 itu menampilkan 300 penginovasi muda, usahawan dan peneraju yang membawa impak besar kepada dunia hari ini.

Semua individu yang menerima penghargaan itu berusia di bawah 30 tahun dan dipilih oleh para penilai yang merupakan antara tokoh terkemuka dalam bidang mereka masing-masing.

Selain runcit dan e-dagang, kategori lain termasuklah teknologi pengguna, teknologi perusahaan, hiburan dan sukan, seni, kewangan dan modal teroka, industri, pembuatan dan tenaga, penjagaan kesihatan dan sains, usahawan sosial dan media, pemasaran dan pengiklanan.

“Senarai Forbes 30 Under 30 Asia tahun ini menonjolkan kepelbagaian bakat di rantau yang luas ini, dengan 300 usahawan muda mengagumkan daripada segenap lapisan masyarakat berusaha keras meningkatkan inovasi,” kata editor kanan digital Asia at Forbes Media, Rana Wehbe, dalam satu kenyataan di sini.

“Suatu yang menarik adalah melihat bagaimana golongan muda ini menggunakan teknologi bagi menginovasikan industri mereka, memperkasakan masyarakat mereka dan menangani halangan budaya.

“Senarai tahun ini, terutamanya, menampilkan banyak individu wanita di Asia yang menyokong perubahan sosial, lari daripada stereotaip dan prejudis untuk memberi contoh positif apa yang boleh dicapai oleh wanita di rantau ini,” katanya.

Turut termasuk dalam senarai 30 Under 30 Asia itu ialah Kavin Bharti Mittal dari India, pengasas dan ketua pegawai eksekutif Hike Messenger, Josiah Humphrey & Mark McDonald (Australia, pengasas bersama Appster), Suboi (Vietnam, artis hip hop), Liu Wen (China, supermodel antarabangsa), Chenyao Zhou (China, rakan kongsi di Longling Capital), Gibran Huzaifah Amsi El Farizy (Indonesia, pengasas e-Fishery), Yuki Shimahara (Jepun, pengasas LPixel Inc), Daroath Phav (Kemboja, pengarah WaterSHED), Hyungcheol Lim & Goeun Choe (Korea Selatan, pengasas bersama Gameberry).

Kriteria pemilihan bagi senarai tersebut termasuklah kepimpinan dan inovasi dalam bidang mereka, pemikiran keusahawan dan keputusan yang dicapai, serta kemungkinan menukar bidang mereka dalam tempoh separuh abad akan datang.

Menurut Forbes, lebih 1,200 penyertaan diterima, tetapi hanya 300 pemohon memasuki senarai akhir.

Bagi mendapatkan senarai lengkap, berita rencana dan video eksklusif, boleh layari laman web www.forbes.com/30-under-30-asia/2017. — Bernama


Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Neelofa Tokoh Muda Asia Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam