Orang Asli mangsa eksploitasi? - Media Shah Alam

Header Ads

Orang Asli mangsa eksploitasi?

SHAH ALAM - Orang Asli yang juga dikenali sebagai masyarakat pribumi di seluruh dunia dianggap kelompok yang memiliki ciri-ciri unik tersendiri.

Kesemua mereka memiliki ciri-ciri yang sama iaitu mengekalkan tradisi turun-temurun, tinggal di kawasan pedalaman dan minoriti.

Umumnya di Malaysia, terdapat tiga suku kaum utama iaitu Senoi, Melayu Proto dan Negritos.

Walaupun jumlahnya kecil, namun kerajaan mengiktiraf kelompok yang masih menebal dengan ciri-ciri masyarakat awal dan hak mereka dijaga di dalam perlembagaan negara.

Oleh sebab itulah, mereka sering diberikan pelbagai kelebihan sesuai dengan status istimewa yang dimilikinya.

Bagaimanapun, keistimewaan yang dimiliki ini tidak pula dilihat sebagai sesuatu yang penting oleh mereka sendiri dalam usaha mengubah cara hidup agar mampu berdiri setaraf dengan golongan yang lain.

Sebaliknya, ia dianggap sebagai satu rangsangan yang lemah kerana masih gagal mengubah pemikiran dan cara hidup tradisional sebahagian besar masyarakat agar sesuai dengan keadaan semasa.

Tidak salah jika dikatakan kelompok Orang Asli ini mudah dieksploitasi, mungkin kerana mereka kurang pendedahan dengan perubahan dan peredaran semasa, malah lebih selesa tinggal di daerah mereka serta menyepikan diri daripada persaingan arus perdana.

Akibatnya, isu keciciran pelajar, hak milik tanah, kemiskinan, kesihatan dan penempatan masih terus berlarutan dan bayangan ia akan berakhir masih terlalu samar.

Tetapi di sebalik kelemahan yang ada, kita tidak boleh nafikan banyak pembaharuan dan kejayaan yang berjaya dicipta, namun ia tidak sepenuhnya menyelesaikan masalah masyarakat pribumi ini.

Ikuti laporan lengkap dari Team Sorot berhubung isu ini dalam akhbar Sinar Harian esok.-Sinar Harian


Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.