PDRM diberi kuasa perangi sindiket dadah – TPM - Media Shah Alam PDRM diberi kuasa perangi sindiket dadah – TPM - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Sabtu, 1 April 2017

PDRM diberi kuasa perangi sindiket dadah – TPM

SUBANG – Kerajaan memberi kuasa sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bertindak menumpaskan sindiket dadah di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan memandang serius perkara itu setelah melihat statistik yang menunjukkan 55.4 peratus kegiatan jenayah di negara ini, tahun lalu mempunyai kaitan dengan sindiket dadah.

Menurutnya, perangkaan itu menyaksikan peningkatan mendadak berbanding 2015, iaitu 48 peratus manakala 2014 (42 peratus) hingga menyebabkan kerajaan memberi kuasa kepada kepada PDRM untuk bertindak mengikut sebarang pendekatan.

“Kita bagi kuasa sepenuhnya kepada PDRM untuk menumpaskan sindiket dadah, khususnya memberkas ‘king’ kegiatan ini. Lakukanlah apa saja,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan MCPF Ke-24, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, program pemuliharaan bekas penagih dadah di negara ini sewajarnya menitikberatkan pengisian aktiviti berkonsepkan pembangunan rohaniah dan pendidikan agama.

Katanya, beberapa pusat pemulihan yang menggunakan pendekatan itu telah menunjukkan kadar keberkesanan lebih tinggi

“Justeru saya harap ia menjadi contoh oleh semua pihak,” ujarnya.

Mesyuarat Agung Tahunan itu dihadiri Timbalan Pengerusi MCPF; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar; Naib Pengerusi Kanannya, Tan Sri Lee Lam Thye dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali. – MalaysiaGazette


Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: PDRM diberi kuasa perangi sindiket dadah – TPM Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam