Peminat Berharap Fattah dan Neelofa Masih Bercinta - Media Shah Alam

Header Ads

Peminat Berharap Fattah dan Neelofa Masih Bercinta

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

Pasangan sensasi, Fattah Amin dan Neelofa sekali lagi bakal bergandingan menerusi telefilem khas iaitu Suri Hati Mr. Pilot: Penerbangan Terakhir Mr. Pilot yang bakal menemui penonton pada Aidilfitri, Jun depan.

Pengarahnya, Michael Ang berkata, idea bagi menghasilkan telefilem itu dibuat sebagai hadiah kepada peminat yang sentiasa bertanyakan mengenai kisah sambungan drama yang menjadi fenomena tersebut.

"Khas buat semua peminat 'Lofattah', sebuah telefilem sambungan daripada Suri Hati Mr. Pilot akan dihasilkan dan akan ditayangkan pada Hari Raya nanti.
"Penghasilan drama itu bukan sahaja bagi memenuhi permintaan peminat tetapi juga sebagai tanda terima kasih atas sokongan mereka sehingga Suri Hati Mr. Pilot menjadi fenomena.

"Selain itu saya ingin merealisasikan impian peminat yang ingin melihat Neelofa dan Fattah bergandingan semula dalam drama," katanya.
Michael ditemui pada Anugerah MeleTOP Era 2017 (AME2017) yang diadakan di Stadium Malawati Shah Alam dekat sini pada malam Ahad lalu.

Karya itu turut membawa pulang trofi Drama MeleTOP selain Fattah dan Neelofa memenangi kategori utama iaitu Top Top MeleTOP 2017.

Bagaimanapun kata Michael, Suri Hati Mr. Pilot: Penerbangan Terakhir Mr. Pilot adalah yang terakhir dan dia tidak berhasrat untuk menyambung kisah itu dalam bentuk sekual.

"Tidak akan ada musim kedua atau sekual drama itu kerana ia akan jadi tidak masuk akal dan biarlah kisah mereka berkahir dalam telefilem khas nanti," katanya.

Bercakap mengenai kemenangan drama itu, Michael berkata, ia adalah hasil usaha peminat yang bertungkus-lumus membuat undian.

Bagaimanapun kata Michael, kemenangan itu juga adalah milik Fattah dan Neelofa kerana gandingan mereka berjaya meninggalkan kesan cukup mendalam di hati penonton.

Dalam perkembangan sama, Neelofa dan Fattah gembira bakal bergandingan dan akan menggunakan peluang itu sebagai menghargai peminat mereka.

"Fenomena #Lofattah sangat kuat dan sayang kalau tidak guna peluang ini memandangkan jenama Suri Hati Mr. Pilot itu masih disukai.

"Peminat masih ingin melihat kami bergandingan dan ini kerana mereka suka dengan kombinasi kami," kata Neelofa.


Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.