Pemukimam Bukan Kempen Politik - Media Shah Alam Pemukimam Bukan Kempen Politik - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Isnin, 10 April 2017

Pemukimam Bukan Kempen Politik

IPOH: Program Pemukiman Menteri Besar Perak anjuran kerajaan negeri dengan tujuan mendekatkan hubungan dan menyelesaikan masalah rakyat di semua kawasan di negeri ini bukan bersifat kempen pilihan raya.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata dakwaan pembangkang bahawa program tersebut bersifat kempen pilihan raya adalah tidak berasas kerana ia telah dimulakan seawal Pilihan Raya Umum ke-13, empat tahun lepas.

"Apa pun saya yakin rakyat tahu menilai dan mereka (rakyat) sebenarnya yang menjadi hakim," katanya ketika menjawab soalan lisan S. Kesavan (PKR-Hutan Melintang) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini, Isnin.

Kesavan ingin tahu sejauh mana program itu dapat membantu rakyat menyelesaikan masalah-masalah dihadapinya.
Menjawab pertanyaan tambahan Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib (BN-Slim) berkenaan jumlah masalah yang diselesaikan oleh kerajaan negeri sepanjang program itu dijalankan, Zambry berkata antara masalah yang dibangkitkan adalah berkaitan isu tanah.-- Bernama



Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Pemukimam Bukan Kempen Politik Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam