Pengacara, Kru Sukan Tak Sentral Digantung Tugas - Media Shah Alam Pengacara, Kru Sukan Tak Sentral Digantung Tugas - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Selasa, 25 April 2017

Pengacara, Kru Sukan Tak Sentral Digantung Tugas

MIRI: Syarikat produksi bagi program Sukan Tak Sentral yang mencetuskan kontroversi kerana penyampainya mempersendakan nama mendiang bapa Watson Nyambek, berjanji untuk tidak lagi membuat jenaka yang sensitif sehingga boleh menyinggung perasaan mana-mana kaum.
Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar yang mewakili delegasi kru produksi program dan penyampai TV berkenaan membuat permohonan maaf kepada bekas jaguh pecut negara dalam satu pertemuan tertutup di sini, Isnin.
"Bagi pihak pengurusan stesen kami dan juga TV3 dan TV9, saya di sini memohon maaf kepada Watson sekeluarga dan rakyat Sarawak berhubung kenyataan yang dibuat penyampai TV kami.
"Penyampai ini telah memohon maaf secara peribadi kepada Watson dan telah digantung tugas serta-merta," kata Ahmad Izham pada sidang media.
Beliau menambah, kru produksi turut digantung tugas dan syarikat itu sedang mempertimbangkan untuk menamatkan program berkenaan.
Ahmad Izham berkata, kejadian tersebut tidak sepatutnya berlaku sama sekali.
"Kami mengakui kesilapan kami. Kami sepatutnya lebih sensitif dan tidak membuat jenaka yang boleh menyinggung perasaan mana-mana kaum.
"Kami akan mengkaji semula program-program kami dan membatalkan sebarang bentuk komedi sekiranya perlu," katanya.
Watson berkata, beliau menyerahkan perkara tersebut kepada polis kerana laporan mengenainya telah dibuat.
Ahmad Izham berkata, pihaknya akan memberi kerjasama dalam siasatan polis.
Pada Ahad, penyampai TV, Azizul Ammar Abu Hassan membuat permohonan maaf kepada Watson kerana mempersendakan nama mendiang bapanya dalam program komedi itu.
"Dengan rasa rendah diri, saya ingin memohon maaf atas keterlajuran saya terhadap Watson dan keluarganya. Tanpa sedar kami telah mencalar nama baik mendiang bapanya.
"Saya menghormati atlet negara tersebut di atas kejayaan beliau yang mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa," kata Ammar di akaun Instagramnya.

Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/04/24/sukan-tak-sentral/#miFlR6z0WGuZ5iTw.99


Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Pengacara, Kru Sukan Tak Sentral Digantung Tugas Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam