Perut Tu Cover Sikit PM,Saya Tak Sempat Buat Workout - Media Shah Alam

Header Ads

Perut Tu Cover Sikit PM,Saya Tak Sempat Buat Workout

KUALA LUMPUR, 1 April: Laman media sosial Twitter malam tadi riuh apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membalas tweet seorang pengguna Twitter yang menegur ‘perut’ beliau.
Komen Najib yang berkata ‘tak cukup masa nak buat workout’ adalah berikutan daripada komen pengguna Twitter, Shameer Shaari yang menegur gambar Najib ‘perut tu cover sikit’.

Gambar tersebut merupakan gambar Najib sedang duduk sambil menjawab panggilan telefon dengan kapsyen “Berbual dgn Mohd Azrin, pegawai kedutaan Msia di Korea Utr yg slmt tiba di Msia pg tadi brsama 8 yg lain. Alhamdulillah semua sihat&selamat “

Tweet yang dibuat oleh Najib kepada Shameer itu telah dikongsi oleh 5000 lebih pengguna Twitter yang lain dan pelbagai komen dari pengguna Twitter lain bangkit mencadangkan Najib bersenam bersama-sama dengan mereka.
Walaubagaimanapun, tidak ada satu komen ataupun Tweet yang dibuat oleh Najib selepas itu.

Facebook Siakap Keli pula menganggap komen yang dibuat oleh Najib ini adalah bukti perdana menteri itu sebenarnya membaca setiap komen yang dibuat oleh rakyat kepada beliau.

Cumanya, tidak semua komen beliau balas.

Di antara semua laman media sosial yang dimiliki oleh Najib, Twitter merupakan akaunnya yang paling aktif kerana beliau sering memuat naik gambar selfie beliau bersama dengan pemimpin lain di akaun Twitternya.

Malah, setiap kali pembentangan Bajet juga, beliau lebih banyak berinteraksi melalui Twitter berbanding Facebook dan blognya.-TMT

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.