PM Najib Mahu Tabung Haji Jaga Kebajikan Jemaah - Media Shah Alam PM Najib Mahu Tabung Haji Jaga Kebajikan Jemaah - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Isnin, 10 April 2017

PM Najib Mahu Tabung Haji Jaga Kebajikan Jemaah

PUTRAJAYA, 10 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta Lembaga Tabung Haji (TH) memberi tumpuan menjaga kebajikan jemaah haji, pendeposit dan memperkasa penglibatan dalam sektor korporat.

Ia antara amanat Najib, yang juga Menteri Kewangan, ketika merasmikan pemukiman hala tuju Tabung Haji di sini hari ini, yang disertai tokoh industri, tokoh korporat, pemegang taruh dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata Najib dalam sesi itu menekankan kepentingan menjaga kebajikan pendeposit serta aspek keselesaan tempat tinggal dan kesihatan jemaah semasa menunaikan haji.

Perdana Menteri juga mahu kapten industri dan GLC yang hadir memberi pandangan jenis pelaburan yang boleh diceburi TH di dalam negara bagi mengukuhkan kewangan badan itu, katanya.

"Perdana Menteri mahu perkara-perkara ini diberi tumpuan dan perhatian demi kelangsungan badan yang menguruskan dana umat Islam dalam mendepani cabaran masa depan," kata Abdul Azeez ketika ditemui pemberita selepas sesi perasmian itu.

Khemah Jemaah Haji Malaysia di Padang Arafah yang dikendalikan oleh Tabung Haji - gambar hiasan

Sesi perasmian tertutup bersama Perdana Menteri itu berlangsung kira-kira setengah jam, manakala pemukiman berlangsung sehari.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Abdul Azeez dalam pada itu berkata hasil resolusi sesi pemukiman itu akan dibukukan untuk dijadikan garis panduan dalam perancangan TH pada masa depan.

Beliau berkata TH juga akan mengadakan sesi pemukiman di peringkat akar umbi selepas ini bagi mendengar secara langsung pandangan atau kefahaman rakyat mengenai TH.

Mengenai TH, Abdul Azeez berkata lembaga itu memerlukan antara RM260 juta hingga RM300 juta tahun ini sebagai kos menampung subsidi yang perlu ditampung untuk jemaah yang akan menunaikan haji.

"Ketika ini subsidi yang dibayar kerajaan bagi seorang jemaah haji ialah RM9,570 daripada kos keseluruhan berjumlah RM19,550," katanya.

TH kini mempunyai 9.1 juta pendeposit.-BERNAMA


Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: PM Najib Mahu Tabung Haji Jaga Kebajikan Jemaah Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam