Rafizi Akan Akan Dedah Bekas Pemimpin Pas Terima Dana 1MDB - Media Shah Alam

Header Ads

Rafizi Akan Akan Dedah Bekas Pemimpin Pas Terima Dana 1MDB

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli akan menamakan tokoh bekas pimpinan Pas yang didakwanya telah menerima dana 1Malaysia Development Berhad esok.

Ahli Parlimen Pandan itu juga akan menyiarkan pendedahan itu secara langsung menerusi laman media sosial Facebook peribadinya.

“Saya akan menamakan bekas pemimpin Pas yang menerima dana 1MDB dari akaun peribadi Perdana Menteri (Najib) pada Khamis (13 April 2017) dalam sidang media pukul 1 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru jelas beliau lagi, dia juga akan membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat ini pukul 11 pagi.

“Saya akan membuat laporan itu bersama-sama dengan maklumat yang saya perolehi di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

“Saya juga serahkan segala-galanya kepada Allah SWT dan rakyat Malaysia untuk menghakimi tindakan saya.

“Niat saya adalah jelas iaitu rakyat berhak mendapat maklumat yang jujur mengenai niat dan kedudukan setiap parti politik berhubung penyelewengan negara seperti skandal 1MDB agar mereka dapat membuat keputusan di peti undi secara adil,” dakwanya lagi. – MalaysiaGazette

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.