Rompak Burung Kakak Tua - Media Shah Alam

Header Ads

Rompak Burung Kakak Tua

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

TUMPAT - Seorang peniaga diacu pisau apabila kedai alat komunikasi di pecah masuk tiga lelaki menyebabkan kerugian RM30,000 apabila tiga ekor burung peliharaannya dilarikan hari ini.

Dalam kejadian jam 3.15 pagi, mangsa Chong Chin Nee, 36, terjaga dari tidur selepas terdengar pintu besi rumah kedainya berhadapan stesen minyak Petronas, Tumpat diumpil.

"Saya dan suami, Avil ada dengar bunyi pelik dalam kedai. Suami saya jenguk ke dalam kedai dan nampak tiga lelaki itu sedang mencuri burung.

"Kemudiannya dia kejar pencuri itu hingga ke kaki lima kedai tetapi mereka acukan pisau itu," katanya.

Terdapat empat ekor burung peliharaan Chin Nee, tiga daripadanya iaitu burung kakak tua dan dua burung African Grey dilarikan pencuri tersebut.

Manakala telefon dan alat komunikasi lain tidak diusik oleh pencuri terbabit.

Chin Nee berkata, dia dan suami selamat kerana tidak melawan dan hanya mampu melihat saja burung itu dimasukkan ke dalam sebuah kereta Proton Wira Aerobeck dan sempat melihat nombor pendaftarannya.

"Burung kakak tua ini kami pelihara hampir dua tahun, kami cam burung kami kerana dia boleh cakap hello Gong Xi Fa Chai," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Supritendan Zaharudin Rasip mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.-Sinar Harian

"Suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.