Seks Dengan Kanak-Kanak Umur 16 Tahun Dikira Rogol - Media Shah Alam Seks Dengan Kanak-Kanak Umur 16 Tahun Dikira Rogol - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Rabu, 5 April 2017

Seks Dengan Kanak-Kanak Umur 16 Tahun Dikira Rogol

KUALA LUMPUR, 5 April: Mana-mana individu yang melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak berumur 16 tahun ke bawah sama ada secara rela atau dipaksa tetap dikategorikan sebagai rogol.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata siasatan akan dimulakan terhadap kes itu sekiranya terdapat laporan polis berhubung kejadian rogol berkenaan.

“Bagaimanapun, tertakluk kepada budi bicara pendakwa raya dan keterangan yang ada untuk membuat pertuduhan dan meneruskan dengan pendakwaan di mahkamah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berhubung persoalan sama ada perkahwinan antara mangsa dengan pelaku yang merogolnya boleh menyebabkan pesalah itu terlepas daripada pendakwaan, Azalina berkata perkara itu tidak benar.

Isu perkahwinan bawah umur menjadi tumpuan dan perhatian beberapa anggota Parlimen ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 di Dewan Rakyat semalam.

Azalina menjelaskan bahawa pelaku berkenaan tidak akan terlepas daripada hukuman sekiranya melakukan hubungan seks dengan mereka yang berumur 16 tahun ke bawah dan boleh didakwa di bawah Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan.

Di bawah seksyen sama, hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebatan juga boleh dikenakan.

“Isu ini tidak seharusnya diputarbelitkan oleh mana-mana pihak kerana ia perlu ditangani bersama untuk masa depan generasi akan datang,” katanya.

Beliau berharap Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang diluluskan Dewan Rakyat semalam dapat menangani isu melibatkan kanak-kanak.— Bernama


Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Seks Dengan Kanak-Kanak Umur 16 Tahun Dikira Rogol Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam