Tawar alternatif baru, Selangor sedia bantu Sekolah Rohingya - Media Shah Alam Tawar alternatif baru, Selangor sedia bantu Sekolah Rohingya - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Ahad, 2 April 2017

Tawar alternatif baru, Selangor sedia bantu Sekolah Rohingya

SHAH ALAM, 2 APR: Kerajaan Negeri bersedia membantu masyarakat Rohingya dengan menyediakan inisiatif terbaik kepada etnik itu membabitkan isu pembangunan sekolah Rohingya yang dibina di atas tanah milik Kerajaan Negeri, sebelum ini.

Exco Pendidikan,Pembangunan Modal Insan, Sains,Teknologi dan Inovasi,Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Kerajaaan Negeri juga mengambil pendekatan berkebajikan dengan menangguhkan proses perobohan premis berkenaan ketika ini.

“Kerajaan Negeri telah menangguhkan tindakan (perobohan) ke tarikh baru.
Artikel Terdahulu berkaitan dengan kisah ini
“Untuk tempoh ini kita sedang mencari premis alternatif kepada mereka,” katanya kepada SelangorKini menerusi aplikasi Whatsapp.

Pagi ini, Pengurusan Sekolah Rohingya Knowledge Garden Learning Centre menerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO) Serantau Muslim tampil memohon maklumbalas daripada Kerajaan Negeri untuk mempertimbang semula cadangan perobohonan premis berkenaan.

Difahamkan, premis berkenaan menempatkan kanak-kanak Rohingya berumur tujuh hingga 12 tahun bagi tujuan pembelajaran dan pendidikan setempat.

Bagaimanapun, Pentadbir Tanah Petaling mengesahkan premis berkenaan dibangunkan secara tidak sah di atas tanah bekas lombong milik Kerajaan Negeri.

Susulan itu, notis peringatan akhir di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 diberikan kepada pengurusan sekolah agar premis dikosongkan serta-merta.

Dilaporkan, notis berkenaan turut memaparkan beberapa kesalahan termasuklah pelanggaran pembinaan struktur bangunan tanpa kebenaran Pentadbir Tanah atau Pihak Berkuasa Negeri.

Sementara itu, hasil tinjauan SelangorKini di tapak premis mendapati, sekolah berkenaan dibina di atas tanah berkeluasan sekitar tiga ekar bersebelahan sebuah premis institut latihan memandu.

Namun, wujud beberapa persoalan khususnya membabitkan isu keselamatan pembangunan premis yang dipercayai tidak mematuhi piawaian (SOP) ditetapkan.

-Selangorkini




Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Tawar alternatif baru, Selangor sedia bantu Sekolah Rohingya Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam