Usul Kerjasama Dengan PKR Dibawa Ke Kedah - Media Shah Alam

Header Ads

Usul Kerjasama Dengan PKR Dibawa Ke Kedah

IPOH - Pemuda Pas tidak menolak kemungkinan usul berkaitan kerjasama politik dengan PKR akan dibawa dalam Muktamar Pemuda Pas yang dijadual berlangsung di Kedah, penghujung April depan.

Ketua Pemudanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, ia berikutan beberapa kawasan yang mengadakan mesyuarat agung di peringkat pemuda telah sebulat suara untuk membawa usul berkenaan ke dalam muktamar.

"Ada yang telah membuat usul supaya dikaji atau diputuskan terus hubungan dengan PKR dalam Muktamar Pemuda Pas. Perkara ini kita ketahui melalui media dan ada juga disampaikan secara terus.

"Saya fikir, kalau usul itu ditolak (kekal hubungan), ia akan terhenti setakat itu sahaja tetapi kalau menerima (putus hubungan) maka usul terbabit akan dibawa pula ke dalam Muktamar Pas Pusat untuk diputuskan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan Pemuda Pas Perak Kali Ke-34 di Hotel MH, di sini, hari ini.

Menurutnya, usul tersebut juga secara dasarnya disuarakan oleh peringkat akar umbi tanpa campur tangan daripada mana-mana pimpinan pemuda Pas.-Sinar Harian

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.