Agama Hindu, Mangsa Evangelisme Melampau - Media Shah Alam

Header Ads

Agama Hindu, Mangsa Evangelisme Melampau

KUALA LUMPUR: Kumpulan Evangelis dan gerakan Kristianisasi yang merupakan salah satu cabang ajaran agama Kristian didakwa sebagai golongan yang paling aktif melakukan aktiviti mengkristiankan penganut agama Hindu di negara ini dan dilihat seolah-olah mencabar kepercayaan masyarakat Hindu di Malaysia.

 Presiden Hindu Sangam Malaysia, Datuk RS Mohan Shan berkata, memang kaum India antara yang terkesan dengan gerakan evangelisme ini yang dilihat tidak bertanggungjawab mengkristiankan terlalu ramai penganut agama Hindu di Malaysia.

“Di sana mereka mengamalkan ajaran-ajaran mereka untuk mengkristiankan kebanyakan orang-orang Hindu dengan ajaran-ajaran mereka,” katanya.

Mohan berkata, gerakan ini menggunakan pelbagai kaedah, ada dengan cara paksaan dan ada juga secara memberi insentif-insentif tertentu yang membolehkan dan menarik minat penganut Hindu untuk menganut agama Kristian.

Menurut beliau, gerakan kumpulan ini terdapat banyak di kawasan-kawasan pedalaman dan dipercayai ada pihak-pihak Kristian ini yang tidak bertanggungjawab selain tidak menghormati agama lain dan mereka juga cuba memaksa kebanyakan penganut agama Hindu di sini untuk memeluk agama Kristian dengan pelbagai tawaran lumayan.

“Perkara ini sudah berlaku lama dan pihak kami sendiri ada membuat beberapa tinjauan di kawasan pedalaman yang dikenal pasti dan mereka sehingga ke hari ini masih menjalankan aktiviti-aktiviti dengan misi untuk mengkristiankan sebanyak mungkin penganut agama Hindu di seluruh Malaysia,” katanya.

Menurutnya, antara kaedah utama yang digunakan oleh puak evangelis untuk mengkristiankan masyarakat Hindu di Malaysia ini ialah mereka bijak mengumpan dengan habuan dan pelbagai pemberian saguhati selain menawarkan khidmat berterusan terutamanya kepada golongan bawahan yang terdesak dan memerlukan bantuan terutamanya dari segi kewangan. Mohan berpendapat, apa yang dilakukan oleh pihak-pihak evangelis ini memang menjadi ancaman kepada penganut-penganut agama Hindu dan mereka telah membawa perkara ini kepada pihak Persekutuan Kristian Malaysia iaitu Christian Federation Of Malaysia (CFM).

Selain itu, mereka juga ada berjumpa dalam satu majlis bersama Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) dan di sana mereka duduk berbincang mengenai perkara ini.

Pihak Kristian memberi jaminan untuk menyiasat dan mereka turut membuat pengakuan bahawa kadang kala mereka tidak dapat mengawal gerakan tersebut. Menurut Mohan, daripada apa yang diberitakan kepadanya, hal ini adalah disebabkan oleh gerakan ini tidak berdaftar dengan agensi Kristian itu.

“Dari apa maklumat yang diberikan oleh CFM, gerakan ini tidak ada ikatan dan mereka bergerak secara sendiri serta berkemungkinan ditaja oleh pihak lain dengan agenda tertentu,” katanya. Ditanya adakah benar terdapat dakwaan bahawa seramai 160,000 penganut agama Hindu masuk Kristian melalui Subramaniam pada tahun 1992, Mohon menjelaskan fakta tentang perkara itu adalah benar.

“Ya perkara itu benar, ketika itu sangat banyak penganut Hindu telah dikristiankan dan kami telah membuat banyak tentangan termasuk mengadakan banyak ceramah-ceramah kepada kaum kami yang beragama Hindu untuk tidak melibatkan diri di dalam perkara-perkara seperti ini dan adalah salah satu langkah bagi mengatasi dan melumpuhkan gerakan ini,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya dapat mengurangkannya dan terdapat kejayaan, namun mereka dapati pihak berkenaan masih menjalankan aktiviti mengkristiankan penganut Hindu secara berleluasa terutamanya di kawasan-kawasan pendalaman.

“Kita tidak pasti apakah langkah yang patut diambil bagi mengatasi sepenuhnya gerakan ini memandangkan kerajaan juga tidak mengambil tindakan serius terhadap gerakan Kristianisasi ini,” katanya. Menurut Mohan, sudah semestinyalah penganut agama Hindu secara keseluruhannya amat terkesan dengan gerakan evangelis ini dan berkemungkinan kesan ini juga dapat dirasai oleh semua agama di Malaysia ini. Comments

Read more at: https://www.menara.my/agama-hindu-mangsa-evangelisme-melampau-presiden-hindu-sangam-malaysia/

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.