Azim Ali Tak Campur Urusan Jawatan Lantikan Politik Kelantan - Media Shah Alam Azim Ali Tak Campur Urusan Jawatan Lantikan Politik Kelantan - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Selasa, 23 Mei 2017

Azim Ali Tak Campur Urusan Jawatan Lantikan Politik Kelantan


KLANG, 23 Mei: Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata terpulang kepada kerajaan negeri Kelantan untuk mengambil tindakan berhubung isu peletakan jawatan lantikan politik PKR di negeri itu.

Ini susulan keputusan PKR pada 16 Mei lepas yang mengarahkan semua lantikan politik daripada parti itu dalam kerajaan negeri Kelantan melepaskan jawatan mereka serta-merta berikutan keputusan PAS membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR.

“Saya tidak pernah mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri Kelantan dan percaya perkara ini (peletakan jawatan) boleh diselesaikan secara baik antara kerajaan negeri dan pimpinan PKR Kelantan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan kunci rumah program Skim Smart-Sewa di sini hari ini.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan sebelum ini dilaporkan berkata parti itu memberi kebebasan sepenuhnya kepada anggota PKR sama ada untuk meletak jawatan atau kekal berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan negeri Kelantan.

Takiyuddin berkata ia terpulang kepada pemegang jawatan masing-masing walaupun mesyuarat Biro Politik PKR mengarahkan mereka supaya meletakkan jawatan.TMT



Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Azim Ali Tak Campur Urusan Jawatan Lantikan Politik Kelantan Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam