Dr Zakir Naik Dapat Kerakyatan Arab Saudi - Media Shah Alam

Header Ads

Dr Zakir Naik Dapat Kerakyatan Arab Saudi

KUALA LUMPUR, 20 Mei — Pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik kini mendapat taraf kerakyatan Arab Saudi bagi melindungi dirinya daripada ditahan polis antarabangsa (Interpol).

Laporan Middle East Monitor yang memetik sumber berkata kerakyatan itu diperoleh dengan sokongan Raja Salman Abdulaziz Al Saud, dikatakan dapat melindungi Dr Zakir yang kini diburu pihak berkuasa India.

Seperti Malaysia, India juga tidak mengiktiraf penduduknya yang memiliki dua taraf kerakyatan.

Namun tidak diketahui sama ada Dr Zakir, yang sebelum ini didedahkan mendapat taraf penduduk tetap (PR) oleh kerajaan Malaysia lima tahun lalu, memohon atau menerima kerakyatan Arab Saudi.

Notis merah dikeluarkan kerajaan India terhadapnya untuk siasatan kes keganasan dan pengubahan wang haram.MALAY MAIL

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.