Gambar: Letupan Ariana Grande MANCHESTER - Media Shah Alam Gambar: Letupan Ariana Grande MANCHESTER - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Selasa, 23 Mei 2017

Gambar: Letupan Ariana Grande MANCHESTER
















MANCHESTER, 23 Mei — Ariana Grande sangat tertekan, semacam “histeria,” apabila mengetahui 19 maut dan 50 lagi cedera dalam letupan di konsertnya di sini.

Penyanyi Amerika Syarikat itu, yang tidak cedera, sangat-sangat kecewa memikirkan nasib peminatnya yang hilang nyawa dan cedera, lapor TMZ hari ini.

Konsert keduanya di Britain, dijadual Khamis ini di London, dijangka akan dibatalkan.

Reuters melaporkan Grande baru sahaja menamatkan lagu terakhir dan meninggalkan pentas apabila bom meledak dekat dengan lobi pintu depan Manchester Arena.

Setakat ini, laporan menyebut sekurang-kurangnya 19 maut dan 50 lagi cedera dalam insiden yang dikaitkan dengan serangan pengganas.

Namun polis masih belum pasti walau dua sumber pegawai Amerika Syarikat menyebut letupan itu akibat serangan pengebom bunuh diri.



Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Gambar: Letupan Ariana Grande MANCHESTER Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam