Insiden Ideologi Politik Menjemukan Rakyat Selangor - Media Shah Alam Insiden Ideologi Politik Menjemukan Rakyat Selangor - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Sabtu, 20 Mei 2017

Insiden Ideologi Politik Menjemukan Rakyat Selangor

SHAH ALAM-Pertelingkahan di kalangan parti yang mentadbir Selangor sejak 2015 membosankan rakyat negeri ini sekali gus mencerminkan pemimpin-pemimpin parti hanya bijak bercakap daripada menjadi seorang pintar untuk menyelesaikan masalah.

Rata-rata penyokong parti yang mentadbir negeri rasa muak dengan insiden ideologi politik yang berlaku sejak sekian lama.
Ini berikutan pakatan yang dibentuk tidak berlandaskan satu logo dan satu dasar yang membolehkan suara-suara kepimpinan berada pada landasan sama.

Pas bersuara dengan dasar partinya,PKR dan DAP juga ada dasarnya sendiri manakala pakatan yang dibentuk hanya berdasarkan satu pakatan diluar dasar parti.

Tidak mungkin terjadi perjalanan lurus sekiranya sebuah kereta ada tiga pemandu kerana hendak digerakan adalah tayar yang sama.

Pembangkang kelihatan gagah seketika setelah dibayangi mantan Perdana Menteri,Dr Mahathir ketika awal-awal beliau menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pelbagai serangan disetiap penjuru.Namun labanya tidak seperti diharapkan.

Setelah tertubuhnya PPBM suasana semakin hangat seketika cuma,namun suasana itu pudar apabila PPBM dianggap sebuah parti kroni oleh beberapa orang jentera pengasas parti itu dan mereka melangkah keluar membina haluan sendiri.

Corak serangan PPBM kepada Najib dan UMNO juga semakin hari semakin pudar dan Mahathir sendiri juga sedar segala kerahan ideanya semakin lemah.

Terkini terpulanglah kepada UMNO-BN Selangor sama ada mahu langkah kedepan atau kebelangkang berada dibelakang PKR,DAP,PAS,PAN.

Menilai kerja buat UMNO Selangor yang dikatakan teramat rahsia tetapi dapat dihidu musuh politik bukanlah sesuatu yang dapat diharapkan sepenuhnya.

Rakyat Malaysia tidak bodoh satu ungkapan benar,namun ada juga pihak yang cuba membodohkan malah ada yang sanggup dibodohkan maka jadilah mereka rakyat yang bodoh.-MEDIA SHAH ALAM


Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Insiden Ideologi Politik Menjemukan Rakyat Selangor Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam