Jijik Sangatkah Anwar Pada Mata Pemimpin PPBM? - Media Shah Alam

Header Ads

Jijik Sangatkah Anwar Pada Mata Pemimpin PPBM?

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

TERDAPAT suara-suara tidak puas hati tindakan Mahathir,Muhyiddin dan Mukhriz tidak mengakat plakad ‘Anwar PM ke-7’ semasa rakan perjuangan lain dalam Pakatan Harapan sibuk berbuat demikian.

Kelakuan tidak mengakat plakad ketiga-tiga pemimpin yang juga pengasas PPBM dianggap protes dalam senyap berikutan mereka juga bercita-cita untuk jawatan Perdana Menteri.

Mahathir sendiri menyibukkan diri dengan telefon pintar untuk merakam gambar apa yang berlaku pada masa itu seolah-olah mencari alasan untuk tidak memegan plakad ‘Anwar PM ke-7’.

Berdasarkan kejadian itu parti dalam Pakatan Harapan belum lagi bersatu hati malah jauh untuk menjiwai perjuangan parti rakan lain walaupun lalakan mengatakan mereka bersepakat untuk menubuhkan kerajaan.

Peristiwa pemimpin PPBM tidak mengangkat plakad pastinya terbentuk satu titik hitam yang membarah dalam hati pemimpin PKR.

Mungkin bagi ketiga-ketiga pemimpin PPBM itu menganggap mengangkat plakad ‘Anwar PM ke-7’ ibarat memuja peliwat dan seorang penjenayah liwat tidak patut diangkat atau dicadangkan namanya sebagai calon Perdana Menteri dinegara bermaruah ini.

Kini rakyat dapat menilai perjuangan PPBM yang seolah-olah mahu asingkan matlamat mereka walaupun tujuan menentang Barisan Nasional merupakan hasrat bersama.

Oleh itu rakyat perlu melihat insiden ideologi politik yang telah berlaku di Selangor sebagai iktibar bagi menentukan pemimpin dari parti mana yang lebih layak dipilh sebagai ketua kerajaan sekali gus membangun negara dari segala sudut yang diperlukan rakyat.

Kita tidak perlukan sebuah parti politik yang dipimpin oleh orang-orang yang mengutamakan agenda peribadi dan dendam sehingga merosakan demokrasi.

Sekiranya Mahathir,Muhyiddin dan Mukhriz sanggup menyarung pada badanya baju Bersih,kenapa mereka tidak sanggup mengangkat plakad ‘Anwar PM ke-7’?.

Mungkin juga tindakan tidak mengangkat plakad adalah cara PPBM membantah tindakan PKR yang tidak mahu serah sebahagian 30 kerusi yang dimenangi pada PRU ke-13 kepada rakan-rakan dalam Pakatan Harapan.-HOT KELATE

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.