Maruah Lembu Lebih Tinggi Dari Maruah Manusia - Media Shah Alam

Header Ads

Maruah Lembu Lebih Tinggi Dari Maruah Manusia

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

Putrajaya: Keganasan terhadap umat Islam di India semakin meningkat semenjak pelantikan Narendra Modi sebagai Perdana Menteri pada pertengahan tahun 2014. Menurut Human Rights Watch (HRW) umat Islam di India sukar mendapatkan keadilan bagi kezaliman yang terjadi akan tetapi keadaan ini berbeza jika sesuatu dilakukan ke atas seekor lembu.

“…Polis sering memfailkan aduan terhadap mangsa, saudara-mara mangsa, dan rakan-rakan di bawah undang-undang yang mengharamkan penyembelihan lembu.

” Terdapat juga insiden-insiden di mana pelampau-pelampau Hindu merogol beramai-ramai wanita Islam dan seterusnya membunuh mereka kerana semata-mata tuduhan sedang memakan daging lembu di rumah. Rogol beramai-ramai dan pembunuhan di Haryana melibatkan orang yang dituduh oleh penyerang atas dakwaan memakan daging lembu dirumah.

Namun demikian, kes-kes yang melibatkan penganiayaan terhadap haiwan seperti lembu, cepat dan mudah pula dibela oleh sistem perundangan di India.

Jauh lebih cepat berbanding manusia. Menurut portal atas talian International Business Times seorang lelaki dalam lingkungan umur 50an telah diberkas kerana merogol seekor lembu yang tercedera di atas landasan keretapi di daerah Tamil Nadu.

Menurut saksi, Dawn Williams dari Blue Cross India (BCI), beliau dan rakan-rakan melihat seseorang yang berkelakuan aneh bersama seekor lembu, maka mereka membuat keputusan untuk menyiasat perbuatan tersebut.

“Kami pada asalnya tidak pasti apa yang lelaki itu sedang buat kepada lembu. Kami kemudiannya membuat keputusan untuk melihat dengan lebih dekat, kami mendapati lelaki tersebut memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan lembu tersebut.

Terdapat juga sebuah botol minyak kelapa disisinya yang digunakan sebagai pelincir.

” Setelah ditangkap, tertuduh khabarnya akan didakwa bawah Akta 377 Kanun Keseksaan India. Nampaknya, di negara yang disanjung sesetengah tokoh tempatan sebagai contoh negara terbaik dunia, seekor lembu lebih cepat mendapat pembelaan berbanding dengan seorang manusia.

Read more at: https://www.menara.my/maruah-lembu-lebih-bernilai-dari-maruah-manusia/

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.