Najib Boleh Menang Sebab Rakyat Dah Bosan Dengan Politik-Mahathir - Media Shah Alam Najib Boleh Menang Sebab Rakyat Dah Bosan Dengan Politik-Mahathir - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Jumaat, 19 Mei 2017

Najib Boleh Menang Sebab Rakyat Dah Bosan Dengan Politik-Mahathir

Mahathir hari ini berkata Barisan Nasional (BN) dibawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak boleh menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bukan kerana beliau menpunyai sokongan, tapi rakyat sudah “bosan” terhadap politik.

“Najib boleh menang bukan kerana rakyat sokong dia. Najib boleh menang kerana rakyat sudah bosan dan “sinikal” terhadap politik.

“Bosan! Mereka tidak undi. Tak undi samalah dengan undi Najib.

“Najib menang; semua kalah,” kata bekas perdana menteri itu dalam satu catatan blog.

Dr Mahathir berkata terdapat 4 juta Gen Y yang sudah sampai umur untuk mengundi dalam PRU 14.

“Di masa yang sama terdapat lebih ramai yang sudah lama dewasa dan berhak mengundi. Pendapat dan perjuangan mereka tidak sama.

“Sementara yang sudah lama dewasa masih ingin meneruskan perjuangan lama mereka, Gen Y tidak ambil kisah perjuangan lama dahulu. Bagi mereka yang relevan ialah keadaan sekarang.

“Mereka dilahir setelah sudah lama merdeka. Perjuangan untuk kemerdekaan tidak relevan lagi. Dato Onn, Tunku, Tun Razak dan Dr Mahathir hanyalah nama-nama dalam sejarah. Mereka tidak lagi boleh buat apa-apa untuk Gen Y.

“Yang boleh ialah pemimpin sekarang. Tetapi pemimpin-pemimpin sekarang juga tua. Ada yang sudah menjangkau 90 tahun. Tak mungkin mereka faham masalah Gen Y.

“Mereka semua sama. Sama ada dalam Kerajaan atau dalam parti-parti pembangkang – mereka sama. Politik mereka adalah kuasa – politik cari duit – politik salahguna kuasa, politik mengekalkan kedudukan mereka.

“Parti lawan pun sama, parti Kerajaan pun sama. Yang berbeza parti lawan masih berebut-rebut untuk tempat berpura-pura bersatu, mengejar tempat dan kuasa. Ini pendapat Gen Y,” katanya.

Kata beliau lagi, parti Kerajaan pula tidak membenar sebarang rebutan kuasa, taksub dengan kepimpinan mereka, menyokong secara buta tuli, menafikan kenyataan.

“Antara dua pasukan yang akan bertanding ini, pada pendapat Gen Y, sama sahaja. Menang mati bapak, kalah mati emak.

“Oleh itu apa perlunya Gen Y melibatkan diri, mengundi dalam PRU. Menang ke, kalah ke sama sahaja.

“Yang tua akan undi – undi untuk muka lama – undi untuk perjuangan yang lama. Tetapi undi yang tua sahaja tidak mencukupi. Bermakna mereka akan kalah. Bermakna penerima dedak akan menang. Bermakna cash akan terus jadi King.

“Yang tua tidak boleh ditinggal. Yang muda tidak boleh diketepikan.

“Untuk kemenangan gandingan antara tua dan muda diperlukan. Yang tua mesti faham pemikiran yang muda. Yang muda mesti ambil kira keusangan minda yang tua dengan perjuangan lama mereka,” katanya.


Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Najib Boleh Menang Sebab Rakyat Dah Bosan Dengan Politik-Mahathir Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam