Neelofa Capai Impian Jadi Penceramah - Media Shah Alam

Header Ads

Neelofa Capai Impian Jadi Penceramah

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

PUTRAJAYA, 20 Mei — Selepas tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017, pelakon Neelofa mahu melebarkan sayap sebagai penceramah antarabangsa.

Pelakon drama Suri Hati Mr Pilot berkata penyenaraian itu membawa namanya setapak lagi ke persada antarabangsa bagi merealisasikan aspirasinya selama ini.

“Selepas muncul di Forbes tempoh hari, saya dipanggil untuk hadir ke sidang kemuncak di Manila pada Julai.

“[Saya dijemput] sebagai penceramah bercakap tentang memecah era stereotype wanita. Impian saya untuk menjadi penceramah antarabangsa.

“Apabila saya mendapat peluang itu, saya berasa ini platform pertama saya untuk keluar dari Malaysia menjadi penceramah,” katanya.

Pengacara MeleTop berkata demikian ketika ditemui media selepas diumumkan pengacara TV popular Anugeragh Bintang Popular Berita Harian pada Ahad.

Dipilih berdasarkan undian peminat, Neelofa menewaskan Alif Satar, Mira Filzah, Nabil Ahmad dan Zizan Razak.


Pengasas Naelofar Hijab berkata sebagai kesinambungan penyenaraian dalam Forbes, dia akan ke Amerika Syarikat Oktober ini bagi melebarkan rangkaian perniagaan.

“Oktober ini saya akan ke Boston menghadiri acara Forbes.

“Saya akan ke sana membina rangkaian dan mencari peluang yang ada untuk meletakkan diri saya di sana,” katanya.
-MALAY MAIL

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.