Obor Sukan SEA Menuju Negeri Sembilan - Media Shah Alam

Header Ads

Obor Sukan SEA Menuju Negeri Sembilan

ALOR GAJAH 21 Mei - Larian obor Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 memasuki hari terakhir jelajah di negeri Melaka hari ini sebelum diserahkan kepada wakil Negeri Sembilan.

Obor tersebut sebelum ini tiba di Melaka pada 18 Mei lalu dan telah menjelajah ke semua daerah di Melaka bermula dari Jasin, Melaka Tengah dan Alor Gajah.

Larian obor hari ini dimulakan dari Dataran Keris di sini pada pukul 9 pagi diketuai oleh Pegawai Pendidikan Daerah Alor Gajah, Abdul Malek Haron.

Larian sejauh 13 kilometer menuju ke Tampin Square, Negeri Sembilan itu turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Md. Rawi Mahmud dan ADUN Rembia, Datuk Norpipah Abdol beserta 30 orang pelari iringan.

Larian obor dari Melaka tersebut diakhiri dengan penyerahan obor larian oleh Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Koh Nai Kwang kepada wakil Negeri Sembilan iaitu Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Modal Insan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Datuk Zaifulbahri Idris. - UTUSAN ONLINE



Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.