PAS PKR Berbalah Mereka Yang Dilantik Melalui Lantikan Politik Juga Yang Kebulur - Media Shah Alam

Header Ads

PAS PKR Berbalah Mereka Yang Dilantik Melalui Lantikan Politik Juga Yang Kebulur

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

PKR telah membuat keputusan bahawa semua lantikan politik PKR dalam Kerajaan Negeri Kelantan diminta melepaskan jawatan-jawatan tersebut berkuatkuasa serta merta.

Setakat ini belum ada ahli PKR yang dilantik memegang jawatan sebagai ahli majlis perbandaran,penyelaras pilihan raya,penghulu dan ahli lembaga pengarah GLC mengumumkan mereka telah letak jawatan seperti yang dimahukan PKR.

Setakat ini seramai 61 lantikan politik PKR berada di Kelantan iaitu termasuk tiga penyelia DUN, 39 ahli majlis, 14 ketua kampung dan 5 wakil dalam syarikat berkaitan kerajaan(GLC) kata Pengerusi PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir.

Pada 18 Mei 2017 Harakah melaporkan kerajaan negeri sudah menghantar surat pelantikan kepada 75 lantikan politik mewakili PKR berdasar senarai nama yang diberi pimpinan parti terbabit sebelum ini.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata,Kita telah hantar surat tawaran cuma terpulang kepada mereka untuk menerima atau tidak, lepas ini akan ada majlis angkat sumpah.

Che Abdullah yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, PAS tetap berpegang kepada mandat rakyat yang diberikan pada pilihan raya umum (PRU) lalu walaupun tiada hubungan politik bersama PKR.

"Oleh itu terpulang atas individu terbabit yang diberi tawaran, kalau dia tidak terima, kita tidak boleh buat apa-apa.

Menurut laporan yang disiarkan https://www.themalaysianinsight.com/s/3291/Difahamkan terdapat lebih 5,000 lantikan politik PAS di kerajaan negeri Selangor.

Yang akan mengalami kebuluran jika letak jawatan mengikut kehendak pemimpin ialah mereka yang dilantik melalui lantikan politik.

Oleh kerana takut keluarga masing lapar, setakat ini belum ada yang letak jawatan sama ada lantikan politik dari PAS atau PKR berikutan tiada jaminan mereka akan diberi sara hidup oleh pemimpin parti masing jika mereka letak jawatan.

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.