Pemuda PAN Rantai Pagar Pejabat SPR - Media Shah Alam

Header Ads

Pemuda PAN Rantai Pagar Pejabat SPR

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com



PEMUDA Pakatan Harapan hari ini bertindak merantai pagar di depan ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai simbolik larangan terhadap penyerahan memorandum kepada Pengerusi SPR Hashim Abdullah.

Memorandum itu bertujuan menggesa badan bebas itu menarik semula larangan pengedaran salinan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) kepada parti politik.

Ketua Pemuda Amanah Mohd Sani Hamzan berkata sebelum ini pihaknya hadir menghantar memorandum bantahan itu secara baik kepada SPR.

Bagaimanapun, katanya selepas hampir sebulan SPR masih lagi mengekalkan larangan tersebut dan tempoh bantahan RDPT Suku Pertama 2017 berakhir semalam.


Salah seorang kakitangan SPR memaklumkan kepada media pengerusi kini berada di Ipoh atas urusan kerja.

"Pemuda dan Wanita PH kesal dan membantah tindakan tidak demokratik SPR. Ini kerana, RDPT sangat penting bagi membolehkan parti politik berperanan sebagai agen semak dan imbang dalam memastikan maklumat bakal pengundi dalam PRU14 disemak dan disahkan kesahihannya.

"Tindakan ini sudah pasti akan menyukarkan mana-mana parti politik membuat semakan dan satu-satunya cara ialah melalui RDPT yang dipamerkan di premis kerajaan," katanya kepada pemberita di depan ibu pejabat SPR, Putrajaya hari ini.

Sani berkata pada Selasa depan laporan polis akan dibuat di seluruh negara berhubung isu ini dan memorandum akan dihantar kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan menghadap Yang di-Pertuan Agong serta Raja-raja Melayu untuk campur tangan isu.

Bulan 26 April, Setiausaha SPR Abdul Ghani Salleh mengeluarkan arahan pemberhentian pengedaran RDPT.

Ghani berkata SPR mengeluarkan arahan kepada pengarah pilihan raya negeri untuk pemberhentian pengedaran RDPT Suku Tahun kepada parti politik, dan semua pihak lain yang berkepentingan.

Berdasarkan kepada Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, urusan pameran RDPT dijalankan di tempat yang diwartakan sebagai tempat pameran RDPT selama 14 hari dengan mempamerkan senarai nama pemohon yang memohon mendaftar sebagai pemilih baharu dan pemilih yang memohon tukar alamat bahagian pilihan raya.

Ghani berkata keputusan itu dibuat memandangkan pameran RDPT memadai bagi membolehkan pihak berkepentingan memeriksa nama pemohon yang terbabit. – 23 Mei, 2017.www.themalaysianinsight.com

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.