PKR Sedar Pas Sedang Jual Barang Berharga di Selangor - Media Shah Alam

Header Ads

PKR Sedar Pas Sedang Jual Barang Berharga di Selangor

SHAH ALAM-Pemimpin Pas tunggu 3 Exco dari parti itu dipecat bagi menyatakan pendirian berhubung kedudukan 13 Adun.

Menteri Besar Selangor Azmin Ali kelihatan tidak berani berbuat demikian walaupun ada kuasa membubar barisan Exco negeri.

Kedudukan 3 Exco Pas di Selangor meletakan Zamin Ali kepada posisi lebih sukar bagi membuat keputusan walaupun Wan Azizah sebagai Presiden parti telah menyeru ahli PKR yang memegang jawatan melalui lantikan politik di Kelantan melepaskan jawatan dengan segera.

Pas dengan pekak badaknya terus tidak peduli walaupun bertubi-tubi dituduh seperti suami dayus selepas bercerai masih sebilik.

Rakyat Selangor tahu semasa perlantikan Exco ia perlu perkenan Sultan dan tidak ada keperluan bagi peletakan jawatan.

Sekiranya Pas mahu 3 Exconya lepas jawatan ia tidak perlu bersandar tiada arahan letak jawatan daripada Menteri Besar dan amat tidak wajar kalau Pas juga sandarkan kepada Istana Selangor,kerana keputusan untuk letak jawatan datangnya dari keputusan individu.

Ciri-ciri bimbang hilang kuasa PKR di Selangor jelas kelihatan dalam situasi ini kerana disokong omongan UMNO akan membentuk kerajaan negeri bersama Pas.

Di Selangor di fahamkan ada lebih kurang 5,000 ahli Pas yang menjawat jawatan melalui lantikan politk,tetapi pucuk pemimpin Pas Pusat dan Negeri tidak pernah keluar arahan agar mereka letak jawatan dengan segera.

Walaupun Wan Azizah berani keluar arahan kepada ahli PKR yang dilantik melalui lantikan politik di Kelantan,tetapi beliau sama sekali tidak berani cabar penjawat jawatan lantikan politik dikalangan ahli Pas letak jawatan di Selangor.

Ada kemungkinan pemimpin PKR acah-acah buat cabaran kepada Pas dengan alasan tiada lagi tahaluf siyiasi,namun disebalik pintu keangkuhan ada satu suis kesedaran.

Dimana kesedaran itu?,kesedaran itu ada pada DAP 100%.DAP tidak akan mampu mengekalkan jumlah kerusi yang ada sekarang di Selangor.Sekiranya DAP mampu mengekalkan jumlah bilangan kerusi sekarang setelah keputusan PRU 14,PKR pastinya tidak boleh mengekalkan kerusi yang ada sekarang.

Justeru itu,PKR tidak boleh mengharap kepada DAP untuk tubuh kerajaan Selangor semata-mata dan sebab itu PKR masih sanggup berbincang dengan Pas berhubung kait kedudukan kerajaan negeri walaupun tahaluf siyiasi telah putus.

Pas kelihatan seperti seorang peniaga yang berlagak,kerana barang yang ada padanya amat bernilai bagi pembentukan kerajaan negeri.MEDIA SHAH ALAM


"PAS masih menunggu tarikh daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk mengadakan pertemuan bagi membincang pelbagai isu yang melibatkan kerajaan negeri itu.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tarikh pertemuan itu masih belum ditetapkan lagi.

"Kita serah kepada menteri besar untuk tentukan tarikh pertemuan itu. Setakat ini tarikh belum ditentukan lagi," ujarnya ketika ditemui selepas melepaskan peserta 10,000 langkah pada Himpunan Harapan Semua-PAS Ganti Umno (Harap-PGU) 3.6 di Batu 24, Kuala Berang."

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.