Punca PERKASA Marah MCA - Media Shah Alam

Header Ads

Punca PERKASA Marah MCA

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com




Mengapa tiba-tiba Perkasa hangin dengan MCA yang menjadi sekutu UMNO selama ini?

Mungkin ada yang tak tau puncanya. Mungkin ada yang baca tapi tak faham punca.

Ok. Ini Yong ulas mengapa Perkasa naik antu dengan MCA. Puncanya tulisan bekas duta Dennis Ignatius.

Disebabkan bekas duta itu menulis dalam bahasa omputih, mungkin ramai tak faham. Jadi Yong ulas dalam bahasa Melayu. Bukan terjemahan secara direct yer. Cuma apa yang Yong fahami daripada tulisannya, siap dengan tajuknya:

TARIAN MERBAHAYA MCA DAN PARTI KOMUNIS CHINA.

Umum mengetahui apa tujuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada di China untuk menghadiri "New Silk Road Summit" yang dihoskan oleh Presiden Xi Jiping, dan mencari pembeli untuk projek Bandar Malaysia.

Tetapi, apa yang ramai tidak sedar adalah mesyuarat antara Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai (yang mengiringi Perdana Menteri) dan Song Tao, Ketua Jabatan Perhubungan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China.

Liow Tiong Lai, dipetik dalam The Star bertarikh 5 Mei 2016, sebagai berkata “MCA dan Parti Komunis sedang bekerjasama rapat dalam perkara yang melibatkan budaya, pendidikan dan latihan kader, dan telah sampai masanya untuk memulakan kerjasama ekonomi ke atas inisiatif itu.”

Dennis Ignatius, yang juga Penasihat First Step Forum, berpendapat “Mengambil kesempatan daripada hubungan yang berkembang antara Malaysia dan China, Parti Komunis China telah secara senyap-senyap meningkatkan hubungan daripada negara ke negara (China dengan Malaysia) kepada parti ke parti dengan MCA.

Perbuatan ini adalah umpama pergantungan kepada kuasa asing untuk mencapai matlamat politik domestik dan merupakan pengukur betapa terdesaknya MCA.

Seterusnya bekas diplomat itu mendakwa, wakil-wakil Parti Komunis China kini menghadiri mesyuarat tahunan MCA; manakala diplomat negara Republik Rakyat China tersebut sering mengiringi ahli politik MCA apabila mereka melawat ke kawasan atau bertemu dengan persatuan perniagaan Cina tempatan.

Kerjasama dan hubungan persaudaraan antara Parti Komunis China dan MCA kini seolah-olah sedia untuk dieratkan lagi dengan kemasukan latihan kader. Walaupun butiran masih tidak lengkap, latihan kader terkenal sebagai satu bahagian penting dalam metodologi indoktrinasi Parti Komunis China.

Parti Komunis China difahamkan mempunyai lebih daripada 2900 sekolah latihan kader di semua peringkat. Kader-kader dilatih dalam perjuangan ideologi parti dan strategi, mobilisasi akar umbi, dan dasar-dasar ekonomi dan sosial serta pengurusan dan pentadbiran.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Parti Komunis China telah mula menjemput parti-parti politik asing yang ia ingin mewujudkan hubungan rapat dengan mengambil bahagian dalam program-program latihan kader mereka.

Manakala kurikulum bagi peserta asing sedikit berbeza, objektif mempengaruhi dan doktriner parti politik asing tetap sama. Dalam jangka masa panjang, Parti Komunis China berharap untuk membina teras kader asing yang bersimpati dengannya, dan menyokong Parti Komunis China dan dasar luarnya serta matlamat ideologinya.

Memandangkan sifat program latihan kader Parti Komunis China ini, kita tertanya-tanya mengapa MCA mahu membincangkan latihan kader dengan Parti Komunis China? Dan adakah ia selaras dengan kemerdekaan dan kedaulatan kita untuk membenarkan pihak politik asing, lebih-lebih lagi komunis, untuk menyerap ke dalam proses politik negara kita?

Kerajaan China campurtangan dalam politik tempatan apabila secara terbuka berkempen supaya kaum Cina menyokong MCA dan Barisan Nasional. Malah, duta Kerajaan China pernah berkata bahawa Cina Malaysia mesti menyokong MCA jika ingin mempunyai suara dalam Kabinet serta; memastikan hubungan erat antara Malaysia dan China dan seterusnya mendapat manfaat daripada projek Kerajaan China serta peluang perniagaan.

MCA berharap sokongan politik China dapat membantunya mendapatkan semula keyakinan pengundi Cina Malaysia, yang telah menghukum parti itu dengan teruk kerana terlalu tunduk kepada UMNO.

Apa yang berlaku sudah tentu bertentangan dengan amalan diplomatik serta janji yang diulang-ulang - bahawa China tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara-negara lain.

Perbuatan sedemikian tidak pernah diterima pada masa lalu. Namun, disebabkan pengaruh China di Malaysia hari ini, kerajaan menutup mata terhadapnya.

Sejak Parti Komunis Malaya tidak berfungsi lagi, tidak ada parti politik tempatan yang memilih untuk berjajar secara terperinci dengan sebuah parti politik asing, dan menggalakkan dasar-dasar kerajaan asing dalam apa-apa cara sekalipun.

Dennis Ignatius mengakhiri tulisannya dengan memberi amaran bahawa membenarkan Parti Komunis China masuk ke dalam rangka politik kita melemahkan keselamatan negara kita dan menjejaskan proses politik kita. Ia seharusnya mencemaskan semua rakyat Malaysia yang berfikiran waras.

Sebagai bekas pegawai kanan yang berpengalaman selama 36 tahun dalam perkhidmatan luar negara Malaysia, sudah tentu pandangan Dennis Ignatius itu munasabah bagi yang waras.

Tetapi bagi rakyat biasa, khususnya yang benci tidak ketahuan terhadap DAP, adakah mereka dapat menilai segala tindak tanduk MCA/BARISAN NASIONAL ini dengan akal yang waras?

MCA melalui Ketua Biro Keharmonian Agama, Ti Lian Ker, telah menafikan dakwaan Dennis Ignatius. Malahan penafian suam-suam kuku MCA itu disertai dengan tuduhan bahawa bekas duta itu digunakan oleh pembangkang.

Jangan carilah berita tu dalam Utusan atau lain-lain berita Melayu pasal hubungan MCA dengan Parti Komunis China ni.

Dalam perkara ini Yong berkongsi kebimbangan dengan bekas Duta ini.

Berikut video kenyataan Ibrahim Ali bagi pihak PERKASA:

 SUMBER ASAL -  http://yongsukakuning.blogspot.my/2017/05/punca-perkasa-hangin-dengan-mca.html

Rujukan:

http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/05/04/malaysia-and-china-to-ink-mou-on-infrastructure-deal/

https://dennisignatius.com/2017/05/14/the-mcas-dangerous-dance-with-the-ccp/

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.