Seruan Sesat LGBT Kepada Umat Islam - Media Shah Alam Seruan Sesat LGBT Kepada Umat Islam - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Rabu, 24 Mei 2017

Seruan Sesat LGBT Kepada Umat Islam

SHAH ALAM 24 Mei-Usaha untuk mengadakan kempen LGBT“Courage in the face of adversity” oleh sebuah badan bukan kerajaan Pelangi Campaign bukan sahaja patut dibatalkan malah patut diharamkan kempen sebegitu dinegara ini.

Walaupun kempen itu telah dibatal setelah dibantah beberapa pihak kerana dilihat tidak sesuai diadakan dinegara ini ,adakah ia tidak boleh dilakukan pada hari lain?.

Pengajuran seumpama itu boleh menyemarakan budaya LGBT sekali gus bertetangan dengan amalan yang tidak memberi tanggapan jernih kepada rakyat dan negara.

Kebebasan hak asasi manusia tidak bermakna individu atau kumpulan boleh melakukan sesuatu pekara sesuka nafsu mengikut acuan sendiri.

Malaysia menerima Islam sebagai agama persekutuan sepatutnya tidak dibiarkan pengajuran seumpama itu kerap berlaku dinegara ini oleh kumpulan yang mendahului nafsu serakah meniti diatas titian kebebasan hak asasi manusia kerana kebebasan dan hak ada batasnya.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Pelangi Campaign bertajuk, “Pelangi Campaign Regrets The Cancellation Of Taylor’s Pride Week” bertarikh 18 Mei 2017 itu turut menyeru seluruh umat Islam di Malaysia bersikap lebih terbuka.

Seruan itu satu seruan sesat kerana budaya LGBT tidak diterima Islam sama sekali dan bagaimana umat Islam akan ikut setuju sedangkan sang pencipta tidak redha dengan homoseksual

Kempen itu yang dijadualkan berlangsung semasa umat Islam menghayati kesucian Ramadan bakal menayangkan filem pendek, reruai serta perarakan LGBT di dalam kampus Taylor’s University Subang Jaya sepatutnya diadakan pada 6 hingga 8 Jun ini.-MEDIA SHAH ALAM


Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Seruan Sesat LGBT Kepada Umat Islam Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam