Tidak Mustahil Demokrasi Akan Bertukar ''DemoKerusi'' Kerana Jawatan Perdana Menteri - Media Shah Alam

Header Ads

Tidak Mustahil Demokrasi Akan Bertukar ''DemoKerusi'' Kerana Jawatan Perdana Menteri

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

SHAH ALAM-Gila jawatan Perdana Menteri sejak awal penubuhan PKR dan PPBM satu virus sukar diubati.

PKR belum terbukti dapat memerintah negeri diatas nama parti itu telah ada jawatan Perdana Menteri sementara,manakala PPBM pula cederung memilih Muhyiddin Yassin,wal hal kedudukan kedua-dua parti itu hanya dipandang sebelah mata oleh rakyat.

PAS turut ada calon Perdana Menteri mereka sendiri namun tidak kelihatan seperti dikalangan PKR dan PPBM.

Pemimpin PAN pula pasti ada niat tersembunyi kerana mereka sedar yang akan bersuara untuk tujuan jawatan Perdana Menteri adalah bos besar mereka iaitu DAP.

Ketika ceramah pembangkang bijak menipu rakyat,kerana seringkali mengatakan,'Bukan kita kejar jawatan sebaliknya kita utamakan kesejahteraan rakyat' dan sebagainya.

Sekiranya pembangkang memenangi lebih banyak kerusi daripada BN,kita percaya demokrasi akan jadi 'demokerusi' dengan cara membaling kerusi pada hari mesyuarat untuk pemilihan CALON LAYAK dilantik Perdana Menteri.

Apa nak hairan kalau benar-benar terjadi 'demokerusi' kerana sebelum ini pada sesi mesyuarat cabang,kerusi banyak terbang malah ada yang berdarah dan sebagainya.-MEDIA SHAH ALAM

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.