Tolong Beli Padi Kami Dengan Segera - Media Shah Alam Tolong Beli Padi Kami Dengan Segera - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Isnin, 22 Mei 2017

Tolong Beli Padi Kami Dengan Segera


POHON TANJONG – Pesawah di PPK Alor Mas merayu pihak berkenaan membeli padi yang diusahakannya mereka dengan segera bagi mengelakkan dikenakan kadar potongan terlalu tinggi.

Mohamad Awang Noh, 67, berkata, mereka membuat gesaan itu kerana ada sebilangan pengilang di sini mengenakan kadar potongan terlalu tinggi.

Menurutnya, ada pengilang di sini mengenakan kadar potongan sehingga 35 peratus menyebabkan pesawah terpaksa menanggung kos yang banyak.

“Mereka buat macam tak nak beli padi kami, biarkan padi dalam lori selama beberapa hari dan lepas tu buat potongan melebihi 30 peratus.

“Kalau begini keadaannya, mereka buat macam kami terpaksa jual padi pada harga modal, untung tak ada tapi penat saja kami dapat,” katanya.

Yazid Jaafar, 61, pula berkata, di PPK ini sahaja terdapat hampir 450 pesawah dan kini kebanyakan mereka mula bimbang kerana padi yang ditanam hampir masak.

Menurutnya, pesawah terpaksa mengeluarkan kos sekurang-kurangnya RM800 bagi setiap hektar bendang.

Katanya, walaupun kos itu termasuk subsidi kerajaan, namun ia masih tinggi kerana pesawah turut menanggung upah membajak, baja tambahan dan racun serangga.

“Ia belum dikira upah pengaliran air di kawasan yang mengalami kekurangan bekalan.

“Kalau padi yang sudah dituai sekarang pun hadapi masalah penjualan, bagaimana pula dengan padi kami yang masih di bendang,” katanya.

Sementara itu, Syukri Ahmad, 37, berkata, sehektar bendang dapat menghasilkan 20 guni atau 1,700 kilogram padi.

Menurutnya, petani sepatutnya memperoleh RM90 bagi setiap guni, namun kos potongan padi sebanyak 35 peratus menyebabkan nilainya berkurangan menjadi RM55 sahaja.

“Disebabkan masalah kemarau tahun lalu, kami akur dengan potongan padi yang tinggi tapi tahun ini cuaca sangat baik, sepatutnya potongan juga lebih baik dari tahun lalu,” katanya.


Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Tolong Beli Padi Kami Dengan Segera Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam