Zuraida Letak Jawatan Ketua Wanita PKR - Media Shah Alam

Header Ads

Zuraida Letak Jawatan Ketua Wanita PKR

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

Zuraida Kamaruddin hari ini mengumumkan berundur jawatan parti selepas 10 tahun mengetuai Ketua Wanita PKR.

Pengumuman itu dibuat Zuraida dalam ucapan Kongres PKR sayap itu di sini hari ini dan menyerahkan tugas kepada timbalannya Haniza Talha.

Ahli Parlimen Ampang itu juga memilih untuk tidak mempertahankan jawatan dalam pemilihan parti akan datang.

Namun beliau menafikan keputusannya ada kaitan dengan siasatan kes rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pegawai khasnya Datuk Adam Rosly.

"Tidak, tidak ada kaitan dengan itu," katanya yang menjadi ketua wanita sejak 2007.-MALAY MAIL



Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.