Berlian Tiada Dalam Senarai DOJ Untuk Aset Dirampas, Itu Hanya Mainan Persepsi Sahaja - Media Shah Alam

Header Ads

Berlian Tiada Dalam Senarai DOJ Untuk Aset Dirampas, Itu Hanya Mainan Persepsi Sahaja

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

Senarai barang kemas yang dipaparkan portal Malaysiakini yang didakwa dibeli oleh Low Taek Jho sebagai hadiah kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor didapati tiada di dalam senarai aset yang mahu dirampas oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) dalam saman sivil mereka.

Seutas rantai berlian merah jambu 22 karat berharga RM116 juta itu bila disemak tiada ditulis pada semua 251 halaman kenyataan DoJ pada 14 Jun 2017.

Ada lagi 27 barang kemas 18 karat lain didakwa oleh DoJ dibeli melalui dana yang diambil dari syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sejumlah RM2.6 billion.

Kena fahami betul betul. Jika berlian RM116 juta itu tidak disebut oleh DoJ, kenapa Malaysiakini sebagai pihak ketiga beriya iya hendak memfitnah dan menyerang Datin Seri Rosmah? DoJ pun tidak sebut nama Datin Seri Rosmah. Ini bermakna, pihak pembangkang di Malaysia menerusi Malaysiakini yang melebih lebih dalam isu ini.

Pihak media antarabangsa juga memetik cerita tidak betul dan persepsi dari Malaysiakini ini. Reuters, CNN, Al Jazeera dan Bloomberg sudah kena tipu dengan Malaysiakini. Agenda memburukkan Malaysia sudah berjalan.

Mungkinkah dana USD$5 billion yang disalurkan menerusi Clinton Foundation oleh Daim Zainuddin seperti pendedahan Raja Petra itu, telah membeli etika kewartawanan media media asing ini.

Sungguh murah harga media asing ini. Semata mata untuk menjayakan kempen menjatuhkan seorang Perdana Menteri yang dipilih menerusi sistem demokrasi, mereka sanggup ditipu dengan maklumat yang tidak benar dari Malaysiakini.

Perlu difahami juga, wang RM2.6 billion yang dituduh diseleweng dari duit 1MDB adalah tidak benar. 14 April 2016, Adel Al Jubeir, Menteri Luar Arab Saudi mengesahkan sumbangan RM2.6 billion dari negara terbabit.

Bermakna RM2.6 billion itu bukan dari 1MDB. Semasa lawatan Raja Salman ke Malaysia, mengapa Mahathir tidak tanya betulkan duit RM2.6 billion itu diseleweng oleh Jho Low untuk beli berlian?

Sebelum itu, pada 26 Januari 2016, Tan Sri Apandi Ali, Peguam Negara menyatakan sumbangan RM2.6 billion adalah sumbangan dari keluarga diraja Arab Saudi. Pada bulan Ogos 2013, sejumlah RM2.03 billion telah dipulangkan semula kepada Arab Saudi kerana dana itu tidak dipakai.

Oleh itu, logik Malaysiakini bahawa wang RM2.6 billion ini dicuri dari 1MDB adalah salah. Persepsi yang dicipta bahawa RM2.6 billion itu diguna untuk membeli berlian juga tidak betul. Reuters, CNN, Aljazeera dan Bloomberg sudah ditipu dengan cerita bohong dari Malaysiakini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dalam kenyataan pada 18 Jun lepas mengesyaki ada agenda politik jahat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan.

"Malaysia berhak mengetahui siapa pengadu terbabit dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat perlu mendedahkan identiti mereka agar Malaysia mengesahkan apa kaitan pengadu dengan agenda parti pembangkang bagi menggulingkan Perdana Menteri dan kerajaan yang dipilih secara demokrasi di Malaysia," kata Abdul Rahman Dahlan.

Tindakan ulangan DoJ ini selepas kali pertama pada 20 Julai 2016, dibuat untuk mewujudkan persepsi semata mata. Tiada asas, tidak ada bukti dibawakan, tiada saksi dipanggil dan belum pun dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan yang adil dan telus.

Apa keperluan DoJ untuk mengaitkan individu itu jika DoJ tidak bercadang untuk merampas 28 barang kemas yang ada dalam senarai berkenaan.
"Kamu (DoJ) sindir dan kamu beri gambaran seolah-olah Datin Seri Rosmah dan berlian itu buat sesuatu yang salah, tapi dalam dokumen yang diserahkan, kamu tak masukkan pun berlian itu sebagai satu harta yang hendak dirampas" kata Rahman Dahlan.

Semalam, bekas Ketua Srikandi PPBM, Ainina menyatakan gambar berlian yang disebar oleh Malaysiakini adalah palsu. Gambar dan cerita cincin RM24 juta Rafizi dulu pun palsu juga. Tajuk yang menggunakan akhbar Utusan Malaysia "Beli sendiri guna duit menabung dari kecil - Rosmah" juga terbukti palsu.

Oleh itu, apa yang Syed Saddiq hasut rakyat agar bercerita tentang berlian RM116 juta ini semasa pulang beraya nanti adalah satu tindakan menyebar fitnah dan hasutan. Mengajak rakyat agar menyebar cerita palsu. Ajak rakyat fitnah cerita bohong.

Dalam bulan Ramadhan ini pun, parti bunga ajak rakyat menambah dosa. Sudah diakhir Ramadhan, orang sibuk menambah pahala dan mencari Lailatulqadar, puak puak parti bunga sibuk menambah dosa memfitnah cerita berlian.

Nama pengadu tidak didedahkan. DoJ tidak menamakan Najib sebaliknya hanya menggunakan gelaran Malaysian Official 1 (MO1) dalam hal ini. Jika benar semua butiran dan bukti sudah lengkap, segera namakan siapa sebenarnya yang terlibat atau siapakah MO1. Jangan buat spekulasi seperti sekarang.

Mereka reka cerita itu ini, lakar gambarajah, buat gambaran dokumen, kemudian wujudkan persepsi tidak baik untuk memfitnah orang, memecah belah masyarakat dan menghasut rakyat benci kerajaan.

Perbuatan fitnah lebih berbahaya daripada pembunuhan kerana boleh menyebabkan masyarakat hilang rasa kasih sayang dan mencetuskan permusuhan. Firman Allah SWT dalam Surah Al Baqarah, ayat 217 "Dan fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh".

Sebagai seorang rakyat yang patuh pada ajaran agama, kita jangan mudah ditipu oleh portal pemfitnah no. 1 iaitu Malaysiakini dan seruan seruan untuk memfitnah tentang berlian RM116 juta yang dibuat oleh parti bunga. Teruskan beribadat dalam malam malam terakhir Ramadhan ini. Jauhi cerita fitnah, spekulasi dan persepsi.

Tulisan :
Beruang Biru
BB476, Rabu
21 Jun 2017

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.