Gereja City Harvest-Mega Skandal Pecah Amanah Evangelis Kristian - Media Shah Alam Gereja City Harvest-Mega Skandal Pecah Amanah Evangelis Kristian - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Jumaat, 23 Jun 2017

Gereja City Harvest-Mega Skandal Pecah Amanah Evangelis Kristian

Singapura: Ianya bermula dengan sebuah projek pop yang diKristiankan dengan nama ‘Crossover Project’ yang bakal mengetengahkan Pastor Sun Ho, isteri kepada Pastor Kong Hee, pengasas Gereja City Harvest, dan muzik gospel sebagai dakyah evangelikal gereja tersebut.

British Boardcasting Corporation melaporkan skandal tersebut membabitkan sebanyak RM153 juta (SGD50 juta) dana gereja dihanguskan. Sebanyak RM73.44 juta (SGD24 juta) digunakan untuk melancarkan satu skim bond yang tidak wujud yang akhirnya digunakan untuk disalurkan ke syarikat Xtron, yang menguruskan karier muzik Pastor Sun Ho dan juga sebuah syarikat pembuat kaca dari Indonesia.

Baki RM79.56 juta (SGD26 juta) lagi digunakan untuk menutup kerja jahat mereka.British Boardcasting Corporation melaporkan skandal tersebut membabitkan sebanyak RM153 juta (SGD50 juta) dana gereja dihanguskan.

Sebanyak RM73.44 juta (SGD24 juta) digunakan untuk melancarkan satu skim bond yang tidak wujud yang akhirnya digunakan untuk disalurkan ke syarikat Xtron, yang menguruskan karier muzik Pastor Sun Ho dan juga sebuah syarikat pembuat kaca dari Indonesia.

Baki RM79.56 juta (SGD26 juta) lagi digunakan untuk menutup kerja jahat mereka.South China Morning Post melaporkan sebahagian daripada dana yang dilarikan digunakan untuk kempen pemasaran karier nyanyian isteri Pastor Kong Hee dan video muzik beliau.

‘Singing Pastor’ yang menggunakan nama pentas China Wine dan Geisha itu berjaya menghasilkan beberapa buah lagu mandarin yang kurang mendapat sambutan. Namun kehidupan mewah berlebih-lebihan di Los Angeles, Amerika Syarikat dengan kediaman mewah di Hollywood Hills, menjadi perbualan ramai di Singapura, khasnya dikalangan jemaah gereja sendiri.

Kes tersebut mula disiasat oleh pihak berkuasa Singapura pada tahun 2010 selepas mendapat laporan daripada orang ramai dan kes ini dibicarakan daripada tahun 2013 sehingga tahun 2015.

Akhirnya, kesemua enam tertuduh yakni Pastor Pengasas Gereja City Harvest sendiri, Kong Hee, bekas Pengurus Dana Gereja City Harvest, Chew Eng Han, Timbalan Pastor Senior Gereja City Harvest, Tan Yee Peng, bekas Pengurus Kewangan Gereja City Harvest, Serina Wee, bekas Ahli Jawatankuasa Kewangan Gereja City Harvest, John Lam dan bekas Pengurus Kewangan Gereja City Harvest, Sharon Tan didapati bersalah dibawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana berkonspirasi untuk melakukan jenayah pecah amanah oleh agen.

Ianya tidak terhenti di situ, kerana siasatan seperti yang dilaporkan oleh The Straits Times mendapati sebanyak RM6.4 juta (SGD2.1 juta) telah disalurkan kepada cawangan Gereja City Harvest di Kuala Lumpur juga untuk Crossover Project. Sehingga kini, belum ada apa-apa maklumat diperolehi berkenaan siasatan pihak Bank Negara ataupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke atas maklumat penyaluran dana tersebut.-MENARA.MY


Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Gereja City Harvest-Mega Skandal Pecah Amanah Evangelis Kristian Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam