Harga Mingguan Petrol Turun Tujuh Sen, Diesel Tidak Berubah - KPDNKK - Media Shah Alam

Header Ads

Harga Mingguan Petrol Turun Tujuh Sen, Diesel Tidak Berubah - KPDNKK

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 dan RON97 turun tujuh sen berkuat kuasa 12.01 tengah malam ini bagi tempoh 22 hingga 28 Jun ini, manakala harga diesel kekal seperti minggu lepas.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui laman sesawangnya secara infografik menyatakan, harga runcit petrol masing-masing turun tujuh sen iaitu RON95 kepada RM1.91 seliter manakala RON97 kepada RM2.17 seliter.

Harga runcit diesel pula kekal kepada RM1.88 seliter.

Bagi minggu sebelum ini iaitu 14 Jun hingga hari ini, harga runcit mingguan bagi petrol RON95 ialah RM1.98 seliter, RON97 pada RM2.24 dan diesel RM1.88 seliter.

-- BERNAMA

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.