Imam wanita, masjid ‘liberal’ solat campur lelaki wanita - Media Shah Alam

Header Ads

Imam wanita, masjid ‘liberal’ solat campur lelaki wanita

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

BERLIN, 17 Jun — Sebuah masjid “Islam liberal” di Jerman membenarkan jemaah lelaki dan wanita bersolat bersebelahan selain berimamkan seorang wanita.

Masjid kecil sempena nama dua tokoh besar Ibnu Rushd dan Johann Wolfgang von Goethe berimamkan antaranya warga Malaysia-Amerika Syarikat, Ani Zonneveld.

Diasaskan oleh tujuh individu, masjid ke-88 di sini terletak di tingkat tiga sebuah bangunan gereja Protestan, lapor AFP hari ini.

Semua penganut mazhab Islam, termasuk Syiah sufi dan Alawi, dibenarkan bersolat di sini. Golongan gay dan lesbian juga diizinkan bersolat.

Walau tidak menerima sebarang ancaman atau kejian, pengasas masjid ini yang dikawal polis menjangkakan tidak semua umat Islam gembira dengan idea ini.

Sewaktu kunjungan agensi berita itu semalam, Zonneveld melaungkan azan di masjid yang bertujuan “membuang unsur politik” daripada ibadat “peribadi” tersebut.

“Kami mahu sampaikan isyarat terhadap keganasan atas nama Islam dan salah guna agama,” kata aktivis wanita Seyran Ates, 54, seorang pengasasnya.

“Masjid ini membolehkan umat Islam menakrif diri mereka dengan cara baru,” kata seorang lagi pengasasnya Abdel-Hakim Ourghi, seorang sarjana Islam di Jerman.

Ates, yang menentang perkahwinan paksa dan pembunuhan wanita atas nama maruah keluarga, berkata mereka mengambil masa lapan tahun untuk menjayakan projek itu.

Masjid Ibnu Rushd Goethe, masing-masing tokoh pemikir Islam dan Jerman, terletak di daerah Moabit di sini, yang ramai pendatang.MALAY MAIL

P/S-Tidak seperti biasa,Imam di sebuah masjid kebiasaanya dipimpin seorang lelaki.namun,sejak akhir-akhir ini timbul pula mereka  dari kumpulan liberal yang menjadikan wanita sebagai imam mereka dengan mewujud nama masjid Ibnu Rusyd- Goethe diatas sebuah gereja di negara Jerman.
Masjid liberal Ibnu Rusyd- Goethe berada ditingkat 3 sebuah gereja,nama sahaja masjid,namun kaum wanita tidak dibenarkan pakai tudung seperti kebanyakan wanita muslim.


Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.