Keselamatan Arab Saudi Gagalkan Cubaan Bom Masjidil Haram - Media Shah Alam

Header Ads

Keselamatan Arab Saudi Gagalkan Cubaan Bom Masjidil Haram

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

DUBAI: Pasukan keselamatan Arab Saudi berjaya mematahkan satu rancangan serangan bunuh diri yang menyasarkan Masjidil Haram di Mekah pada Jumaat.

Ia setelah mereka bertindak mengepung seorang pengebom nekad di sebuah pangsapuri di pinggir kota suci itu yang akhirnya meletupkan dirinya sendiri.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen negara itu, Kementerian Dalam Negeri memaklumkan mereka mengenalpasti tiga kumpulan sedang merancang melancarkan serangan ke atas jemaah dan pasukan keselamatan sewaktu hari-hari terakhir bulan Ramadan.

Dalam insiden kepungan itu, seorang perancang telah berbalas-balas tembakan dengan pasukan keselamatan sebelum meletupkan dirinya setelah sedar dirinya terkepung di sebuah pangsapuri dalam kejiranan Ajyad al-Masafi berhampiran kawasan masjid.
Rumah itu juga dipercayai menjadi markas untuk melancarkan serangan oleh kumpulan terbabit.

Bangunan terbabit turut juga runtuh menyebabkan enam warga asing dan lima anggota keselamatan mengalami kecederaan.

Sementara itu, pada awal hari yang sama, pasukan keselamatan telah menembak mati seorang lelaki yang diburu kerana dipercayai ada kaitan dengan kumpulan pengganas. Kejadian berlaku di kejiranan al-Aseelah.

Selain itu satu lagi kumpulan telah berjaya dipatahkan di Jeddah dan susulan itu lima individu termasuk seorang wanita telah ditahan.-ASTRO AWANI

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.