Maki Polis Selepas Kena Saman - Media Shah Alam Maki Polis Selepas Kena Saman - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Ahad, 18 Jun 2017

Maki Polis Selepas Kena Saman

KUALA TERENGGANU, 18 Jun — Seorang kakitangan Jabatan Perhutanan Terengganu ditahan kerana menghina polis dalam media sosial.

Timbalan ketua polis daerah Kuala Terengganu berkata suspek memuat naik status kata-kata kesat selepas disaman atas kesalahan nombor plat, lapor Sinar Harian.

“Dalam status berkenaan juga, suspek mengatakan pernah 100 kali ditahan ketika sekatan jalan raya tetapi tidak pernah disaman atas kesalahan itu,” kata Supt Suffian Sulaiman

Beliau berkata layar skrin (screenshot) Facebook itu diterima polis melalui aplikasi WhatsApp selepas suspek disaman jam 9.19 malam Jumaat lalu.

Lelaki berusia 26 tahun berasal dari Kampung Kubang Jambu itu ditahan kira-kira jam 12.40 tengah malam tadi di tepi jalan berhampiran Taman Shahbandar.

Pada 23 Mei lalu, Suffian berkata seorang wanita berusia 23 tahun juga ditahan kerana memburuk-burukkan polis di media sosial.

Dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 233 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.-MALAY MAIL




Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Maki Polis Selepas Kena Saman Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam