Menjelang PRU 14, DAP akur Pakatan Harapan dan BN berada di persimpangan politik ‘kritikal’ - Media Shah Alam Menjelang PRU 14, DAP akur Pakatan Harapan dan BN berada di persimpangan politik ‘kritikal’ - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Selasa, 20 Jun 2017

Menjelang PRU 14, DAP akur Pakatan Harapan dan BN berada di persimpangan politik ‘kritikal’

KUALA LUMPUR, Jun 20 : Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan sedang berada di persimpangan masing-masing, di saat-saat genting menuju pilihanraya paling penting dalam sejarah negara.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menarik diri daripada menjadi calon perdana menteri Pakatan Harapan mungkin akan digunakan oleh pihak lawan untuk mengalihkan perhatian daripada skandal 1MDB.

“Perkara seperti ini akan menjejaskan; atau buat penyokong kita goyang sikit,” katanya ketika berucap di majlis berbuka puasa anjuran Roketkini dan Sekolah Demokrasi baru – baru ini

“Walau bagaimanapun, saya rasa kita kena terus memberi tumpuan kepada 1MDB, dan pada masa yang sama harap PKR ada suatu hala tuju yang lebih jelas,” tambahnya.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang itu, jika bukan Anwar sebagai calon PM Pakatan, tidak ada calon lain yang mempunyai sokongan kolektif, dan ini akan menimbulkan reaksi dari pelbagai pihak.

“Perkembangan ini adalah tidak sihat sama sekali,” tegasnya.

Beliau sebelum itu mengulas tentang pendedahan terbaru saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika (DOJ) tentang aset-aset terkait dana 1MDB yang dijangka disita, termasuk barang-barang kemas yang dihadiahkan kepada pelakon dan model Miranda Kerr.

Lanjutan tindakan pemfailan saman sivil tahun lalu, Jumaat lalu pihak DOJ mendedahkan dokumen saman setebal 140 muka surat tersebut turut memetik nama ‘Isteri MO1’ yang didakwa telah menerima loket permata merah jamu bernilai US$27.3 juta, yang dibeli menggunakan sebahagian daripada derma yang konononnya telah dipulangkan.

“Ini adalah persimpangan atau crossroad untuk BN,” ujar Guan Eng di acara yang kebetulan dianjurkan di Hotel Crossroads, yang terletak di Chowkit.

Beliau menekankan bahawa isu-isu baru seperti isu Felda dan pengajaran daripada pilihanraya United Kingdom akan memberi pengajaran kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk tidak mengadakan pilihanraya dalam keadaan ekonomi yang lembam.

“Isu ekonomi akan jadi isu utama. Ekonomi sekarang benar-benar sedang memberi kesan kepada rakyat di bawah,” tambahnya menjangkakan bahawa Pilihanraya Umum ke-14 tidak akan berlangsung pada tahun ini.

“Selagi tak boleh selesaikan masalah 1MDB, selagi tidak serius untuk merawat penyakit ekonomi, tidak ada harapan untuk Malaysia. Rakyat menunggu untuk membuat keputusan bagi memilih perubahan.

“Sekiranya kita dapat berikan keyakinan bahawa kita adalah pilihan yang substantif.

“Kenyataan undur diri dari jadi calon PM itu, kurang substantif. Sebab itu saya kata ini ‘crossroads’ untuk BN dan juga untuk PH,” jelas beliau.-MALAYSIAN TIMES




Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Menjelang PRU 14, DAP akur Pakatan Harapan dan BN berada di persimpangan politik ‘kritikal’ Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam