Muhyiddin Tak Usah Berlagak Seperti Orang Bermoral Tinggi - Media Shah Alam Muhyiddin Tak Usah Berlagak Seperti Orang Bermoral Tinggi - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Ahad, 18 Jun 2017

Muhyiddin Tak Usah Berlagak Seperti Orang Bermoral Tinggi

KUALA LUMPUR, Jun 18: Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Zarkashi hari ini membidas dengan nada yang cukup keras terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkanya cuba menangguk di air keruh memfitnah secara liar terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan 1MDB ekoran permohonan terbaru saman sivil DOJ Amerika.

Beliau yang juga Ketua Pengarah Jasa berkata saman sivil DOJ tidak membuktikan mana mana pihak telah melakukan jenayah. Sama seperti pendirian Peguam Negara Malaysia

Katanya , “ia difailkan berdasarkan aduan awam dan seperti kenyataan DOJ sendiri, ia tidak membuktikan bahawa sebarang dakwaan yang dibuat dalam aduan ini benar melainkan selepas mahkamah AS memutuskan ia adalah benar.

“Jika DOJ mempunyai bukti prima facie mengenai setiap dakwaan, sudah tentu DOJ akan membuat pendakwaan langsung terhadap penjenayah yang terlibat dan merampas aset aset tersebut di bawah Akta Penggubahan Wang Haram AS dan undang2 lain yang berkaitan”, ujarnya melalui satu kenyataan melalui Faceboknya hari ini.

Puad berkata dalam saman sivil DOJ yang terbaru, 1MDB, Najib dan Rosmah bukan pihak yang tertuduh dan bukan defendan. Dalam saman sivil ini pihak yang dinamakan sebagai defendan adalah Viceroy Hotel Group manakala pihak yang berkemungkinan terjejas dengan saman ini seperti yang tertulis dalam dokumen 251 mukasurat DOJ adalah Low Taek Szen; JW Hospitality (VHG Intl) Ltd.; FFP (Cayman) Ltd.; Mubadala Development Company PJSC; Viceroy Hotel Group; dan Jynwell Capital Ltd.

“Seperti selepas pengumuman pemfailan saman sivil kali pertama dulu, Muhyiddin sekali lagi telah membuat tuduhan melulu terhadap Pedana Menteri Najib, sedangkan saman sivil ini baru sahaja diperingkat fail. Belum ada sebarang perbicaraan dibuat dan sudah tentu bila belum ada perbicaraan, maka tiada pihak dibuktikan bersalah lagi oleh Mahkamah AS.

“1MDB telah menegaskan berulang kali bahawa wang syarikat tersebut tidak dicuri. Dapatan Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara juga mendapati tiada wang 1MDB yang dicuri. Malah persetujuan penyelesaian luar mahkamah timbang tara bersama syarikat IPIC dari Abu Dhabi juga membuktikan bahawa wang 1MDB telah digunakan untuk urusan perniagaan.

:Tidak perlulah Muhyiddin mengulangi skrip lapuk yang telah berulang kali gagal membuktikan sebarang salah laku. 1MDB hari ini telah melalui proses rasionalisasi dengan baik dan berjaya melunaskan sebahagian besar hutangnya. Projek hartanah 1MDB seperti TRX berjalan dengan lancar dan baru2 ini bank antarabangsa HSBC bersetuju melabur RM1 bilion di sini.

Jawab mengenai skandal Nika Ghee

“Manakala projek Bandar Malaysia juga telah meningkat nilai pasarannya dan terdapat syarikat yang berminat melabur RM40 bilion di dalam projek Press Statement Dr Puad Zakarshi, 17hb Jun 2015”, katanya dalam nada yang cukup tegas.

Justeru, katanya Tan Sri Muhyiddin tidak layak untuk membuat apa2 komen terhadap Perdana Menteri dalam isu kenyataan DOJ yang terbaru ini.

“Saya berkata sedemikian sebab wujud pendapat yang mengatakan bahawa dokumen DOJ tersebut dikarang oleh orang Malaysia. Ini semua komplot nak jatuhkan Perdana Menteri sama saperti ‘Rome Summit’ yang saya pernah membongkar pada May 2015.

“Tan Sri Muhyiddin terlebih dahulu perlu menjawab soalan yang ditimbulkan oleh Sdr Mohamed Hafiz Azhar, Exco Armada mengenai skandal Nika Ghee. Hari ini genap setahun skandal Nika Ghee terbongkar.

“Saya juga menyeru supaya Muhyiddin terlebih dahulu isytihar kekayaan kaum keluarga sebelum mahu berlagak seperti seorang yang bermoral tinggi. Jangan jadi seorang munafik sebab semua orang tahu sangat siapa Tan Sri sebenarnya. Maka sebab itulah Pakatan Harapan pun tolak Muhyiddin”, ujarnya.

-MALAYSIA TIMES



Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Muhyiddin Tak Usah Berlagak Seperti Orang Bermoral Tinggi Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam