Pasukan hoki lelaki Malaysia layak ke Piala Dunia 2018 - Media Shah Alam

Header Ads

Pasukan hoki lelaki Malaysia layak ke Piala Dunia 2018

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

LONDON, United Kingdom - Skuad hoki lelaki Malaysia menewaskan India 3-2 pada perlawanan suku akhir pusingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia 2017 dalam perlawanan sengit yang berlangsung di London, United Kingdom sebentar tadi.

Dengan kemenangan itu, Malaysia berjaya menempatkan diri sebagai salah sebuah negara yang akan bersaing dalam Hoki Piala Dunia 2018 yang akan diadakan di India pada tahun depan.

Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Razie Rahim pada minit ke-19 dan ke-48 serta jaringan Tengku Tajuddin Tengku Abdul Jalil pada minit ke-20.

Malaysia akan bertemu Argentina pada peringkat separuh akhir liga itu pada Sabtu ini. - K! ONLINE


Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.