FIC: SPRM Ambil Masa Empat Jam Kumpul Bukti - Media Shah Alam

Header Ads

FIC: SPRM Ambil Masa Empat Jam Kumpul Bukti

KUCHING: Pasukan pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil masa empat jam untuk bagi mengumpul bukti bagi kes siasatan ke atas pembelian sebuah hotel oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).

Pegawai-pegawai itu memulakan lawatan mereka ke tiga syarikat itu termasuk ejen hartanah dan pemaju kira-kira pukul 10 pagi Jumaat.

Empat pegawai telah melawat pejabat Raine & Horne International Zaki + Partners Sdn Bhd di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce dan keluar pada jam 2 petang dengan membawa beberapa kotak berisi dokumen.

Manakala empat lagi pegawai membuat melawat ke firma perunding aset antarabangsa Henry Butcher Malaysia (Sarawak) Sdn Bhd di Jalan Petanak dan meninggalkan bangunan itu dengan beberapa fail kira-kira jam 1 petang.

Bagaimanapun, pegawai SPRM tidak dapat mengunjungi pejabat pemaju Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd di Jalan Tun Abang Haji Openg kerana ditutup.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki mengesahkan bahawa pasukan pegawainya itu mengunjungi tiga syarikat terbabit bagi mengumpul dokumen dan keterangan berhubung pembelian sebuah hotel empat bintang yang mempunyai 213 buah bilik di Kuching.
Penyiasatan ini berhubung kait dengan siasatan yang dijalankan oleh SPRM ke atas pembelian sebuah hotel mewah di Kensington, London.

Hotel yang terletak di London itu terdiri daripada 62 bilik tetamu dan dua pangsapuri servis tiga bilik tidur, dilaporkan dibayar terlalu mahal £20 juta (RM110 juta).

Dua orang individu telah ditahan membantu siasatan pembelian hotel London itu dan beberapa pegawai tertinggi Felda telah memberikan kenyataan mereka kepada SPRM.

Difahamkan bahawa siasatan itu bagi meneliti sekiranya terdapat unsur-unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menyebabkan FIC, iaitu anak syarikat Felda membayar harga yang lebih tinggi daripada nilai pasaran sebenar.-mStar



Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.