Isu iktiraf India Muslim ‘Bumiputera’ tak pernah dibincang dalam mesyuarat Kabinet – MCA - Media Shah Alam

Header Ads

Isu iktiraf India Muslim ‘Bumiputera’ tak pernah dibincang dalam mesyuarat Kabinet – MCA

KUALA LUMPUR, 27 Julai: Cadangan untuk mengiktiraf komuniti India Muslim di Malaysia sebagai Bumiputera tidak pernah dibangkitkan atau dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet, kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata isu itu telah dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan sendiri dan keputusan mengenai cadangan itu perlu dipertimbangkan dan dibincangkan dengan sewajarnyan kerana ia melibatkan dasar negara.

Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata parti komponen Barisan Nasional (BN) mempunyai saluran sendiri untuk membangkitkan apa-apa perkara atau bantahan jika mana-mana pihak mempunyai perbezaan pendapat berhubung isu atau dasar negara.

“Ini bukan satu isu, perkara itu tidak pernah dibangkitkan atau dibincangkan dalam Kabinet ataupun di peringkat BN. Hentikan daripada memainkan isu itu dan saya fikir penekanan perlu diberi kepada usaha mengukuhkan perpaduan nasional menjelang sambutan Hari Merdeka tidak lama lagi,” kata beliau pada sidang media selepas merasmikan inisiatif “Internet+” skim pengajaran dan pembelajaran pintar pendidikan Cina, di sini hari ini.

Minggu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan mengkaji dengan mendalam permintaan komuniti India Muslim untuk diiktiraf sebagai Bumiputera.

Najib berkata, bagaimana ia akan dilaksanakan memerlukan kajian lanjut dari segi pentadbiran atau pewartaan.

Mengulas mengenai Internet+ yang merupakan inisiatif terbaharu Jalur dan Laluan MCA, Liow berkata perisian terbaharu itu adalah sistem e-pembelajaran lengkap dengan bahan-bagan pembelajaran yang komprehensif dan fungsi siaran langsung khas untuk mengajar subjek Cina.

Beliau berkata setakat ini 14 sekolah menengah kebangsaan atau jenis kebangsaan dan sekolah menengah persendirian Cina telah dipilih bagi projek perintis tersebut.

“Sistem itu juga telah dirumus khas berdasarkan sukatan pelajaran sekolah menengah di Malaysia , jadi tidak ada apa-apa isu yang dibangkitkan mengenai pengiktirafan sistem tersebut,” kata beliau.

Inisiatif itu meruipakan kerjasama antara MCA, Huaqiao University, China dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).-MALAYSIAN TIMES

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.