Kenapa Kerajaan Selangor Roboh Kuil? - Media Shah Alam

Header Ads

Kenapa Kerajaan Selangor Roboh Kuil?

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com


Awal-awal memerintah Selangor para pemimpin pemerintah negeri hari ini berjanji tidak akan merobohkan kuil-kuil yang ada di negeri ini.

Malah Khalid samad yang juga Ahli Parlimen Shah Alam dan ADUN Batu Tiga,Rodziah Ismail sanggup bermandi peluh mempertahankan hak kaum India semasa berlakunya bantahan keatas cadangan pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam.

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mungkir janji apabila merobohkan kuil hindu tidak seperti dijanjikan.

Setiausaha MIC Selangor, Rawisandran Narayanan, berkata beliau kecewa dengan sikap kerajaan PKR Selangor yang mengkhianati janjinya terhadap masyarakat India.

“Sewaktu mula-mula ambil kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat berjanji tidak akan merobohkan kuil-kuil yang ada di negeri ini.

“Tapi malang apabila kerajaan Selangor yang ada hari ini bertindak zalim merobohkan kuil tanpa pengetahuan pihak berkenaan ataupun pengurusan kuil.

“Oleh itu saya menuntut penjelasan daripada pihak kerajaan negeri berhubung dengan apa yang berlaku,” katanya.

Katanya, kerajaan PKR Selangor bukan saja menzalimi masyarakat India, malah menipu kepercayaan yang diberikan.

Rawisandran mendesak kerajaan Selangor menjawab serta memberi penjelasan sewajarnya berhubung tindakan merobohkan kuil terbabit.-SELANGOR POST

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.