Kutip derma jaja nama Saleem, keluarga terkilan - Media Shah Alam

Header Ads

Kutip derma jaja nama Saleem, keluarga terkilan

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

KUALA LUMPUR, 13 Julai — Keluarga penyanyi Saleem terkilan kerana ada pihak tertentu mengutip derma dengan menjaja nama artis itu tanpa kebenaran mereka.

Tindakan individu yang mewujudkan tabung itu dikesan apabila mereka bertanya lokasi hospital yang merawat Saleem sejak minggu lalu, lapor Harian Metro.

"Apabila ditanya apa tujuannya, dia memberitahu mewakili satu persatuan dan sudah membuat kutipan dana untuk bapa.

"Apabila ditanya mengenai persatuan itu, dia tergagap-gagap dan terus menamatkan panggilan," kata anak lelaki penyanyi itu.

Namun Khairul Nizam, 35, berkata keluarganya tidak sempat membuat tangkap layar (screenshot) paparan status kutipan derma dalam laman sosial individu itu.

Bercadang membuat aduan polis, beliau meminta mana-mana pihak yang mahu membantu agar bertemu terus keluarga Saleem.

Mengenai kesihatan bapanya, Khairul Nizam berkata mereka menunggu keputusan doktor sama ada perlu dibedah bagi membuang ketumbuhan di bawah perut.

Vokalis kumpulan Iklim, popular dengan Suci Dalam Debu, kini semakin sembuh dan dipindahkan ke wad biasa Pusat Perubatan UKM.

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.