Lebih Baik Yakin Dengan Usaha Sendiri Daripada Berharap Perpecahan Pembangkang - Media Shah Alam

Header Ads

Lebih Baik Yakin Dengan Usaha Sendiri Daripada Berharap Perpecahan Pembangkang

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

Kebanyakan pembual politik kedai kopi di Selangor mengharap dengan adanya perpecahan pembangkang sebagaimana berlaku sekarang keadaan politik Pakatan Harapan negeri tidak stabil.

Rasanya tidak perlu ulas panjang-panjang tentang perpecahan parti bukan dari Barisan Nasional kerana ia tidak perlu diperbesarkan dan bukanlah menjadi satu kewajipan untuk dihuraikan dalam artikel ini.

Yang perlu diambil berat kemampuan Barisan Nasional negeri yang dilihat masih kurang hangat melebarkan serangan dengan fakta yang boleh dijadikan bualan rakyat terhadap Pakatan Harapan.

1-Memandangkan orang UMNO sendiri masih melihat peperangan politik antara PAS dan Pakatan Harapan sebagai senjata ampuh untuk merobek kekuatan parti pemerintah negeri Selangor,ia seolah-olah segala gerak kerja yang dibuat dalam tempoh empat tahun ini tidak berkesan.

2-Harapan untuk menumbangkan kerajaan negeri Selangor pada PRU ke-14 nanti dengan bergantung kepada kelemahan parti memerintah Selangor sebenarnya satu kelemahan besar pada Barisan Nasional,berikutan perpecahan yang berlaku antara PAS dan PKR tidak memberi nilai tambah besar kepada kelebihan yang diharapkan.

3-Perpecahan PAS dan PKR hanya satu serpihan dari kulit pokok yang besar,kerana Pakatan Harapan mempunyai beberapa parti lain yang dilihat mampu mengimbangi kerusi kemenangan PAS yang hilang akibat perpecahan.

4-Walaupun PAS sedia bertanding di 55 kerusi DUN, kesemua kerusi Parlimen dengan cara satu lawan satu,ia tidak bererti PAS dapat mengekalkan kemenangan 13 kerusi  Dun yang masih tersisa.

5-Parti Amanah Negara(PAN) sedia bertanding 15 kerusi Dun di Selangor  dan 5 kerusi Parlimen dengan harapan akan memenangi 5 kerusi sama ada Dun atau Parlimen.

6-BERSATU (PPBM) yang mempunyai 1,000 ahli di Puchong majoritinya daripada kumpulan Generasi Y mungkin bertanding 5 kerusi Dun 2 Parlimen di Selangor dan yakin menang 3 kerusi sama ada Dun atau Parlimen.

7-Sekiranya kemenangan yang diharapkan AMANAH(PAN) dan BERSATU (PPBM) keatas kerusi PAS,maknanya PAS akan berkurangan kerusi yang sedia ada kecuali PAS dapat memenangi beberapa kerusi baharu yang ditandingi pada PRU ke-14.

8-Barisan Nasional perlu memenangi kerusi baharu pada PRU ke-14 sekurang-kurangnya 5 kerusi Dun dan 3 Parlimen bagi imbangi kekuatan parti pemerintah negeri berikutan PAS belum tentu bergabung dengan Barisan Nasional selepas PRU yang ditunggu-tunggu.

9-Dengan kemenangan 5 kerusi Dun pada PRU 14 nanti berkemungkinan besar PAS akan bergabung dengan Barisan Nasional.

10-Sekiranya PAS dapat mengekalkan jumlah 13 kerusi Dun yang sedia ada pada PRU 14,manakala Barisan Nasional berjaya memenangi 5 kerus Dun tidak mustahil kerajaan Selangor hari ini akan tumbang.

11-13 kerusi PAS,17 kerusi Barsan Nasional  jumlahnya 30,dan mustahil PAS tidak akan memenangani sebarang kerusi di Selangor pada PRU 14 nanti.dan apakah Barisan Nasional mampu mengekalkan jumlah kemanangan pada PRU 13 lalu sebelum mengharap kemanangan baharu pada PRU 14 nanti.

12-Semua parti bertanding mahu kemenangan,persoalannya,disamping mahu kemanangan,bolehkah parti bertanding mempertahankan kerusi yang telah dimenangi pada PRU 13?

13-Oleh itu,usaha memperkuatkan parti tanpa bergantung harap kepada perpecahan parti lain adalah satu hal yang penting,kerana perpecahan yang ada pada parti lain tidak boleh diukur sebagai satu kelemahan besar pada musuh,apa lagi pihak sendiri juga mengalami gangguan dalaman yang perlu diselesai terlebih dahulu bagi menyakinkan pengundi.

14-Amalan sebahagian orang Barisan Nasional,sekiranya calon tempatan di tolak mereka akan sabotaj,inilah sebenarnya kelemahan yang tidak pernah dapat diatasi.

15-Kiranya penolakan terhadap calon luar terus berlaku,calon lawan Barisan Nasional akan tahu awal mereka akan menang besar kerana pengundi Barisan Nasional tidak akan keluar mengundi atau tidak undi Barisan Nasional.

16-Pihak atasan Barisan Nasional perlu mengerti perasaan pengundi tempatan yang mahu anak tempatan jadi calon Barisan Nasional,ini disebabkan anak tempatan telah berusaha hempas pulas untuk menarik penyokong dan pengundi supaya terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional berbanding calon luar yang hadir melalak tanpa buat apa-apa.

17-Sekiranya benar punca kekalahan bersangkut paut dengan calon luar,pada PRU 14 nanti calon tempatan perlu di utamakan.

18-Sekiranya masih kalah lagi,isu calon luar tidak timbul sama sekali,ini kerana ia perlu dilihat sejauh mana pemimpin UMNO-BN lakukan kerja buat untuk mempengaruhi masyarakat dan pengundi.

19-Berbilion ringgit telah disumbangkan persekutuan kepada negeri-negeri yang Barisan Nasional kalah.Sekiranya masih tidak mampu menyumbang pertambahan kerusi kepada Barisan Nasional pada pada PRU 14 nanti,maknanya kelemahan sebenar ada pada pemimpin UMNO-BN negeri,kerana tidak mampu memberi keyakinan kepada rakyat menyokong parti yang sudah lama membentuk kerajaan persekutuan.

20-Kenyataan akhabar yang dibuat pemimpin UMNO-BN negeri berkaitan sokongan terhadap Barisan Nasional yang dikatakan bertambah maju tidak melambangkan sokongan sebenar sekiranya pergerakan rakyat kearah Barisan Nasional masih seperti siput babi.

Dalam ceramah penerangan,semua kepimpinan UMNO-BN berkobar-kobar untuk memulangkan negeri kalah kepada Barisan Nasional tanpa memberi bukti atau garis panduan yang memboleh percaya keadaan semasa,sedangkan pergerakan rakyat terutamanya orang muda dalam kawasan masih tidak peduli dengan laungan,Ini bererti setiap kali ceramah diadakan,ia hanya disampaikan kepada hadirin sama.-MEDIA SHAH ALAM


Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.