Notis TNB mengenai rumah berkunci tulen – TNB - Media Shah Alam

Header Ads

Notis TNB mengenai rumah berkunci tulen – TNB

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan posting di medai sosial yang mendakwa notis ‘Maklum Balas Rumah Berkunci’ sebagai notis palsu bagi tujuan rompakan.

TNB juga telah menafikan posting yang sama apabila ia pertama kali ditularkan setahun yang lalu.

“Untuk makluman, notis yang ditularkan telah dikeluarkan sebagai satu prosedur biasa. Ia dikeluarkan apabila warga kerja TNB tidak dapat mengakses meter disebabkan premis penggunatidak dapat dimasuki akibat pintu pagar berkunci atau terdapat halangan lain,” kata Pengurus Besar Kanan (Perkhidmatan Pengguna), Bahagian Pembahagian TNB, Ir Kamaliah Abdul Kadir.

Beliau berkata notis dalam format baharu telah pun digunakan untuk menggantikan notis seperti yang telah ditularkan.

Pengguna juga dinasihat agar tidak berkongsi posting tersebut kerana ia telah menyebabkan gangguan kepada pegawai yang namanya tertera di notis berkenaan.

Pengguna dinasihatkan untuk menghubungi pegawai khidmat pelanggan TNB di talian 1300885454 atau pejabat TNB yang berdekatan sekiranya menerima sebarang notis yang mencurigakan, katanya dalam satu kenyataan.

— BERNAMA

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.