Propaganda Lim Guang Eng Banyak Dapat Faedah Jika CEC Adakan Semula - Media Shah Alam Propaganda Lim Guang Eng Banyak Dapat Faedah Jika CEC Adakan Semula - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Khamis, 13 Julai 2017

Propaganda Lim Guang Eng Banyak Dapat Faedah Jika CEC Adakan Semula


Semalam, DAP Loke Siew Fook mengeluarkan kenyataan marah bahawa "propaganda" yang menyatakan "Lim Guan Eng paling banyak mendapat faedah jika DAP mengadakan pemilihan semula" adalah "fitnah yang paling jahat".

Beliau berkata Guan Eng tidak berniat untuk mengambil kesempatan kerana dalam mesyuarat pada 8 Julai 2017, beliau tidak mengarahkan supaya pemilihan CEC diadakan seperti yang diminta oleh RoS - yang akan membuka jalan bagi beliau untuk secara rasmi memulakan penggal beliau yang ke-3 dan terakhir sebagai Setiausaha Agung - memberikannya 5 tahun bonus sebagai Setiausaha Agung antara tahun 2012 hingga 2017.

Dengan mengatakan ini bagaimanapun, Loke seolah mengatakan bahawa terdapat 3 senario.

Senario 1: Guan Eng telah menamatkan penggal terakhirnya sebagai Setiausaha Agung tahun lepas.

Jika DAP mengekalkan pendiriannya bahawa pemilihan semula 2013 adalah sah maka Guan Eng tidak akan menjadi Setiausaha Agung lagi kerana penggal ketiga dan terakhirnya tamat pada penghujung 2016.

Senario 2: Walaupun layak, Guan Eng tidak akan menawarkan dirinya sebagai Setiausaha Agung lagi dan akan bersara sebaik sahaja pemilihan CEC diadakan.

Sekiranya DAP dipaksa untuk memenuhi permintaan RoS dan mengadakan pemilihan semula CEC dengan bantahan meskipun mereka masih menegaskan pemilihan 2013 adalah sah, Guan Eng, berdasarkan prinsip, tidak akan meletakkan dirinya untuk dipilih sebagai Setiausaha Agung.

Senario 3: DAP akan mengakui bahawa pemilihan 2013 adalah tidak sah dan akan mengadakan pemilihan baru. Guan Eng akan memulakan penggal ketiga dan terakhirnya sebagai Setiausaha Agung.

Loke berkata senario ini tidak mungkin kerana Guan Eng tidak akan mengambil kesempatan. Tetapi jika ini berlaku maka Guan Eng akan memperoleh 5 tahun bonus sebagai Setiausaha Agung.

Beliau kemudiannya akan memulakan penggal ketiga dan terakhirnya sebagai Setiausaha Agung dari tahun 2017 hingga sekurang-kurangnya 2021 - penggal pertamanya dari 2004 hingga 2008 dan penggal kedua dari tahun 2008 hingga 2012.

Ini bermakna Guan Eng boleh menjadi Setiausaha Agung selama 18 tahun dari 2004 hingga 2021 walaupun perlembagaan mereka hanya membenarkan 3 penggal dan 3 tahun setiap satu penggal.

Sekiranya senario 3 berlaku maka Loke mesti memohon maaf dan mengakui bahawa Guan Eng telah mengambil kesempatan dan pemerhatian bahawa Guan Eng yang paling banyak mendapat faedah adalah betul.

Mungkin Loke perlu nyatakan SENARIO yang mana satu yang berkemungkinan besar untuk berlaku?

PS: Adakah Loke sedang menghantar petunjuk kepada Guan Eng dengan mengeluarkan kenyataannya semalam?

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee


Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Propaganda Lim Guang Eng Banyak Dapat Faedah Jika CEC Adakan Semula Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam